Kamu DAP, apa kamu tahu tentang menjadikan bencana dan bala kepada negeri kami itu sebagai punca rezeki. Kami nak tunjuk pada dunia dan amerika bahawa kami adalah pelopor utama menjadikan bencana bala banjir untuk tontonan para pelancong. America akan menjadikan idea bala kepada rakyat kami sebagai idea untuk tontoan pelancong.
‘Macam mana boleh datang idea jadikan bencana produk pelancongan?’, DAP selar Pas
DAP mempersoal bagaimana Pas boleh mengutarakan idea untuk menjadikan bencana banjir pada musim tengkujuh di Kelantan sebagai produk pelancongan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Syaheera Ghafar berkata, beliau hairan dengan kenyataan Exco Kelantan yang seperti seperti tiada akal budi dan tidak sensitif dengan bencana yang rata-rata menjadi tragedi buruk kepada mangsa banjir.
“Macam mana boleh datang idea menjadikan banjir sebagai produk pelancongan ketika kita tahu, bencana ini meragut nyawa, menjejaskan kesihatan, keterhubungan serta kemusnahan harta benda dan macam-macam lagi.
“Saya hairan sekali dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Noor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Menurut Syaheera, bencana seperti banjir ini adalah musibah dan pada ketika ini kerjasama seluruh masyarakat perlu digerakkan untuk membantu menyelamatkan nyawa, memenuhi keperluan dan memudahkan.
Tidak wajar baginya untuk seorang pemimpin masyarakat mengeluarkan idea atau cadangan tidak sensitif dan tidak pula menyelami kesukaran masyarakat yang terkesan kini.
“Belum lagi kita memikirkan mangsa yang paling terkesan akibat bencana banjir ini iaitu golongan wanita dewasa seramai 28,885 (dari portal InfoBencanaJKM).
“Dalam situasi ini, pasti sukar buat mereka untuk menjaga kebersihan dan mengurus diri tidak kiralah di rumah sendiri atau di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Di tambah lagi kanak-kanak dan bayi yang merupakan golongan rentan dalam situasi bencana.
“Apakah sekarang masa yang sesuai untuk memikirkan Kelantan yang sepi daripada pelancong?,” soalnya.