Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menerima pelbagai reaksi positif dari negara luar berkenaan Malaysia sepanjang lawatan kerjanya ke beberapa buah negara.
Kata beliau, negara luar melihat Malaysia dan Asean sebagai rantau paling aman di dunia dan pantas dalam pertumbuhan ekonomi.
Menurutnya Malaysia merupakan negara contoh yang paling rumit dijaga kerana mempunyai pelbagai kaum dan agama serta warna kulit, namun mempunyai semangat kesatuan.
“Orang luar meneropong, dia cakap (Malaysia) ini antara negara rumit dijaga, banyak ‘peel’ (ragam), pelbagai warna kulit, tapi ada semangat kesatuan dan aman.
“Rantau Malaysia dan Asean juga dianggap paling pantas kelajuan dan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Festival Idea Putrajaya (FOI) malam tadi.