DUA KETUA PENERANGAN - SAIFUDDIN PERNAH MENJADI KETUA PENERANGAN BARISAN ALTERNATIF DAN PKR, MANAKALA SEORANG LAGI PENERANGAN PAS..SEORANG SERING MENGGUNAKAN FAKTA DAN SEORANG LAGI KERAP AUTA.

 

‘Bukan tak boleh duduk sekali’, ramai sejuk hati lihat gambar ini

HarapandailyNovember 18, 2024

Foto yang memaparkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail duduk sekali dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menarik perhatian orang ramai.

Rata-rata sejuk hati melihat pemimpin Kerajaan Madani boleh sahaja sepentas dengan Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat itu.

Terdahulu, Ahmad Fadhli mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin ataas perasmian majlis Santuni Madani Satu Pemimpin Satu Kampung – Komisioner Jeneral Penjara di Tal 7 Pasir Mas.

“Semoga kehadiran Menteri KDN bersama seluruh pemimpin agensi kerajaan di bawah KDN dapat dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk di Tal 7 Insya Allah.

“Menteri juga mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk projek pembaikan rumah-rumah daif di Tal 7 yang akan diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama kariah Masjid Mukim,” tulis Ahmad Fadhli menerusi Facebook rasmi beliau.

Susulan perkongsian itu, kebanyakan warganet meninggalkan komentar positif yang menyambut baik kerjasama pembangkang brsama pemimpin kerajaan demi manfaat rakyat.

 RAKYAT TAK TERANCAM DI BAWAH KERAJAAN

 PERPADUAN

 “Sejuk mata melihat kerjasama walau berlainan politik, manfaatnya dapat dirasai masyarakat setempat.

“Terbaik. Sikap macam inilah yang bagus untuk diamalkan di Malaysia.

“Daripada kutuk mengata lebih baik berkerja.

“Terima kasih Saifuddin Nasution Ismail dan pihak kementerian untuk projek-projek baik pulih kuarters badan beruniform. Nampak hasilnya,” demikian antara komentar warganet.