LEBAI PAS MAKIN HEBAT DALAM JAJAH FITNAH! ADAKAH MEREKA SEMAKIN KEPANASA...



Mengadakan pertemuan dengan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva di luar Sidang Kemuncak G20. Dalam pertemuan ini kami membincangkan langkah-langkah untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, industri halal, keterjaminan makanan dan pertanian, sains, teknologi dan inovasi, semikonduktor serta alam sekitar dan perubahan iklim. Kami juga menekankan komitmen untuk memerangi ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat kedua-dua negara. Saya menyatakan penghargaan atas sokongan Brazil kepada Malaysia sebagai negara rakan strategik BRICS, dan pelaburan Petronas dan Yinson. Disamping itu, kami turut membincangkan mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saya turut mengundang Presiden Lula untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai Tetamu Pengerusi. Malaysia dan Brazil akan meneroka inisiatif terbaik sewaktu Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN manakala Brazil sebagai Presiden BRICS dan tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP). Saya yakin dan percaya hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terjalin selama 65 tahun ini akan terus berkembang pesat demi manfaat bersama.