✍️ Ahmad Mursi
1. Seorang AJP boleh dapat elaun sehingga RM200k ke RM400k setahun.
2. AJP tubuh 19 Jawatankuasa, berturut-turut la mesyuaratnya dan banyaklah elaunnya.
3. Dari hal kecil, sampai hal perjawatan & perolehan yang paling strategik untuk kartel.
4. Antara reform pasukan kerja Menteri cuba buat, kecilkan jawatankuasa dari 19 jadi 4 untuk jimatkan duit NAFAS. Tentulah ada AJP tak senang sebab itu sumber pendapatan mereka.
5. Kalau di sebuah syarikat, ada 'corporate governance' pisahkan kuasa lembaga pengarah dan eksekutif, tapi tidak di NAFAS.
6. AJP tu sendiri sibuk dengan kerja eksekutif dan operasi harian, bukan lagi penggubal dasar. Tak ada check and balance.
7. Pengurus Besar ni dah jadi macam 'budak suruhan' AJP. Perkara kecil pun kena AJP luluskan.
8. Pekerja-pekerja NAFAS disusun oleh kartel. Tak pandai buat kerja tak apa, asalkan boleh jaga kepentingan kartel.
9. Sebab tu, antara syarat yang diarahkan oleh LPP ialah baiki tatakelola berkait mesyuarat dan elaun ni.
10. Dalam sejarah NAFAS, hanya 3 je Menteri Pertanian yang pernah gantung perlembagaan NAFAS untuk pulihkan tatakelola. DS Anwar (1984), Arwah Salahuddin Ayub (2018) dan Mat Sabu (2024). PN-PAS tido.