*P E N D E D A H A N*



 *P E N D E D A H A N*

WANITA "MASYA-ALAH TABAROKALAH" TABUR FITNAH DALAM MASJID


Suatu rakaman voice seorang wanita dihantar kepada saya pagi ini yang mengulas beberapa isu tidak relevan dan tidak benar bersifat menghansut orang ramai dibuat dalam sebuah masjid dipercayai di Plekbang, Tumpat pagi ini, 21 Oktober 2024, jam kira-kira 9:30 pagi. 


Suara wanita itu mengulas mengenai akan kebimbangan tentang keselamatan negara ini dengan membuat prediction yang Cina akan bila-bila masa saja serang negara ini. 


Katanya negara China kini sudah bangunkan markaz di laut China selatan dan menunggu masa sahaja untuk serang Malaysia.


Wanita berkenaan cuba mengaitkan perkara itu dengan apa yang berlaku dalam parlimen hari ini, dan kononnya rancangan orang Cina yang ingin memerintah negara ini. Katanya Cina sedang berusaha untuk jadi perdana menteri.


Beliau melahirkan kebimbangan dengan tujuan menghasut, kalau orang China jadi PM, maka kedudukan Islam akan tercabar dan orang Islam tidak dapat mengamalkan ajaran Islam, termasuk hendak sembahyang pun tidak boleh.


Di parlimen katanya, orang yang mata sempit (China) banyak menuntut itu dan ini, misalnya bantahan dibuat pembagkang apabiula PM hendak bawa ratu cantik ke negara ini, dipertahankan oleh wakil China, ada seorang mengatakan negara kita keadaan ekonominya baik, ertinya tidak ada masalah kalau bawa ratu cantik.


Perkara itu digambarkan kononnya keadaan orang Cina semakin besar kepala dan ghairah untuk mengambil alih pemerintahan.


Wanita itu juga memberi contoh hari cuti Am di Johor yang beralih dari Jumaat kepada hari Ahad sebagai tanda yang orang Cina sudah mulai menguasai negara. 


Perkara lain yang disebut dalam rakaman berdurasi 5: 5 saat itu juga, kononnya kerajaan hari ini melebihi dalam memberi peruntukan kepada sekolah Cina dan mengurangkan untuk sekolah Melayu, dan tidak pedulikan nasib orang miskin. 


Cara wanita itu melemparkan hujah berunsur hasutan dan ia sangat bahaya bagi kehormonian di negara ini. Dipercaya ceramah itu disampikan kepada kaum wanita (muslimat).


Kalau ia bercakap hal itu dalam masjid, lagi membahayakan dan jelas ia telah menodai kemuliaan masjid kerana ia digunakan untuk main politik secara tidak bermoral dan tidak berfakta, dan fitnah. 


Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang bertanggungjawab menjaga kehormonin masjid di negeri itu dan pihak berkuasa lain perlu memantau perkara ini agar ia tidak berleluasa dan memastikan agar tiada mana-mana pihak yang tergamak salahgunakan masjid untuk kepentingan politik. 


Adalah baik juga kalau mereka yang hadir di majlis ceramah wanita berkenaan membuat laporan polis agar wanita yang suka menyebut "MasyaAllah Tabarokalah" itu boleh disiasat mengikut akta akta tersedia demi maslahat ummah. Trims.