TUNGGU DAN LIHAT.... JANGAN SEBAR MAKLUMAT JAHAT

Najib Bakar 


Mengenai T15. Aku faham ramai yang runsing tentang subsidi Ron95 yang akan bermula pertengahan tahun depan.


Aku setuju, kalau ikut pengkelasan lama, ramai mereka ni dari M40, golongan pertengahan yang masih ada anak-anak sebagai tanggungan di sekolah dan universiti.


Cuma untuk kali ni, pengkelasan T15 itu tidak akan sama seperti yang difahami sebelum ini.


Kerajaan secara prinsipnya memang dah bersetuju untuk bertukar ke perbelanjaan boleh belanja bersih.


Maksudnya, Kerajaan akan ambil faktor kos sara hidup, ikut lokasi, bilangan tanggungan, dan pembolehubah-pembolehubah lain.


Orang yang bergaji RM2,000 di Gua Musang ketimbang orang bergaji RM2,000 di Ampang tentu tidak sama kos sara hidupnya.


Pada waktu sekarang, siapa yang layak dan siapa yang tidak layak belum lagi dimuktamadkan. 


Rest assured, Kerajaan akan pastikan pemberian subsidi tu berlaku seadil yang boleh mengikut data-data yang ada.


Nanti bila ada peluang update data terkini, ambillah peluang tu untuk mengemas kini maklumat semasa untuk meminimakan keciciran.