SELURUH NEGARA BACA TEK YANG SERUPA. SAPA PUNYA TEKS KUTBAH NI.


Jamzuti Ardani


 Khutbah Jumaat hari ni pasal Hari Merdeka. 


Saya tak pasti samada penulis teks khutbah tu yang walaun atau khatib tu yang ubah teks. 


Tapi huraiannya tak berapa kena. Bukan salah, tetapi terlalu eksklusif dan lari dari konteks Sambutan Hari Kebangsaan. 


Bila disebut, "selagi kita tidak tunduk sepenuhnya dengan peraturan dan tatakelola yang ditetap oleh Allah, maka kita masih belum merdeka dalam erti kata sebenarnya".


Lepas tu sebut pulak kita kena merdeka dari liberalisma, pluralisma, sekuralisma, dan ideologi ciptaan manusia.  Apa kena mengena perkara ini dengan sambutan Hari Merdeka kita? 


Pada hemat saya huraian konteksnya tidak kena langsung.  Sambutan Hari Merdeka ni disambut oleh seluruh rakyat pelbagai bangsa dan agama. Bila erti kemerdekaan itu dihurai dengan pendekatan yang sebegitu eksklusif sehingga ia mengenepikan sebahagian rakyat yang mempunyai pelbagai sikap, fahaman, bangsa, dan agama, maka ia akan menenggelamkan semangat sambutan Hari Merdeka itu sendiri.