MELAWAT HIGH SCHOOL BUKIT MERTAJAM

 


Pulang ke High School Bukit Mertajam hari ini membawa saya mengimbau kembali kenangan-kenangan manis sewaktu belajar di sini pada tahun 1961 sehingga 1962, sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).









Saya berkesempatan bertemu dan bertegur sapa dengan warga sekolah, khususnya murid-murid dan para pendidik ketika melewati pintu pagar, kawasan perhimpunan, bilik darjah, dan lain-lain. 


Kali kedua saya ke High School Bukit Mertajam ialah semasa saya menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1987, kerana melawat bangunan yang terbakar dan menyantuni guru-guru serta murid-murid pada ketika itu.


Dalam ucapan, saya menekankan betapa pentingnya penguasaan Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris untuk menyokong pembangunan negara, di samping mengingatkan tentang nilai hormat menghormati.


Sebelum beredar, saya mengumumkan peruntukan sebanyak RM225,000 untuk pembinaan surau dan RM275,000 lagi untuk penyelenggaraan lain di SMK Tinggi Bukit Mertajam.


#MalaysiaMADANI