Kenyataan Media: Dakwaan MB Kedah Terhadap Warga Pendidik Keterlaluan






1.  Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat (BPPM) Parti Amanah Negara menyesali kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika menyampaikan ucapan penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 26hb Ogos 2024 yang mengandungi sangkaan jahat dan mengelirukan dewan terkait penguru

7pm 
san jabatan dan pelantikan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

  

2.  BPPM sependapat dengan Parti Amanah Negara Negeri Kedah (Amanah Kedah) yang menyelar ucapan Datuk Seri Sanusi yang kononnya tidak mahu berpolitik dalam hal pendidikan tetapi jelas dipenuhi dengan emosi dan sentimen politik apabila mengandaikan pelantikan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dipengaruhi oleh kuasa dan fahaman politik kepartian melibatkan Parti Amanah Negara.


3.  Seorang Menteri Besar tidak wajar sama sekali menggunakan perkataan 'mungkin' sebagai sandaran kepada hujahan dalam perbahasan dalam dewan undangan negeri. Ia jelas berunsur sangkaan jahat, mengelirukan dewan dan semua yang mengikuti ucapan beliau. Tambahan pula, rakaman ucapan beliau tersebar luas di media sosial, mendapat liputan media arus perdana dan diikuti ramai.


4.  BPPM amat kesal dengan ucapan beliau yang menjejaskan nama baik dan kredibiliti penjawat awam khususnya warga pendidik yang telah banyak berkorban dan bertungkus lumus mendokong dan menjayakan dasar pendidikan negara selama puluhan tahun tanpa mengira latar belakang kepimpinan tampuk pemerintahan negara yang silih berganti. 


5.  BPPM percaya warga pendidik yang berpengalaman berkhidmat dalam pelbagai lapisan sektor pendidikan telah membolehkan sebahagian mereka diberi tanggungjawab lebih besar berdasarkan merit kelayakan, kemahiran, pengalaman dan keupayaan masing-masing menurut garis panduan yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


6.  BPPM juga meyakini sebarang tindakan dan keputusan yang dilaksana oleh mana-mana pegawai kerajaan di Kementerian Pendidikan adalah tertakluk kepada garis panduan dan kelulusan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memelihara kelancaran dan keberkesanan dan urusan pentadbiran selari dengan dasar dan halatuju KPM.


7.  BPPM khawatir tindakan Datuk Seri Muhammad Sanusi menyerang Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dan Menteri Pendidikan Malaysia disebabkan kebimbangan beliau terhadap keyakinan penjawat awam dan warga pendidik yang semakin meningkat terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri memimpin Kerajaan Madani.


8.  Akhirnya, BPPM ingin mengajak orang ramai bersama-sama menjayakan halatuju pendidikan negara mengangkat ‘karamah insaniah’ agar menghormati kemuliaan sesama manusia dan menghargai pengorbanan setiap warga negara khususnya warga pendidik. 


9.  Warga Malaysia yang terdidik harus menyuburkan budaya perpaduan di kalangan berbilang bangsa dan fahaman serta menolak sentimen fitnah, adu domba dan kebencian dalam masyarakat. 


Malaysia Madani; Jiwa Merdeka. 


YB Haji Azli Yusof

Pengerusi Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat 

Parti Amanah Negara