MSO
GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah menuntut permohonn maaf daripada tiga individu Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Muhd Adnan dan Daud Abdullah Lin, yang dikatakan telah memfitnah syarikat berkenaan.
Perkara ini dinyata oleh oleh Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISB Mokhtar Tajuddin, menerusi notif tuntutan yang disampaikan kepada tiga penama itu pada 23 dan 26 Ogos lalu. GISB bercadang untuk mengheret mereka ke mahkamah.
Apa hal pula ini? Apakah yang difitnah oleh mereka bertiga itu terhadap GISB? Kenapa sampai begitu? Mungkin ia serius kalau tidak GISB tidak akan mengambil tindakan itu? Tampaknya negara kita berada di ambang suatu lagi isu bakal jadi sorotan umum.
Agak pelik dan aneh juga. Kalaulah ada elemen buruk, dalam GISB kenapa mereka tidak dipanggil sahaja dan diselesaikan secara beradat tidak sampai menayaman. Sudah hilang adat dan tertibkah kita?
Menggunakan medos untuk menyatakan perasaan, baik kebencian dan kasih sayang kurang manis dan bijaksana. Kita semua orang Islam yang berpegang kepada ahli sunnah wal jemaah, sepatutnya dicari jalan baik dan bukan mendedahkan keburukan sesama Islam kepada umum. Kita sudah hilang adat?
Atau pun tuduhan dilakukan terhadap GISB itu sesuatu yang malang kalau ia dibuat berpandukan kepada apa didedahkan dalam medsos oleh mereka yang irihati dengan GISB. Untuk jadi hakim ang adil, pihak berwajib termasuk tiga individu itu memanggil kedua-dua pihak untuk dengar cerita sebenar. Kalau berpandukan kepada laporan atau apa dimasukan dalam medsos, parahlah jadinya.
Saya rasa semua mengerti dan faham mengenai bahaya fitnah dan larangan melakukannya. Atau kita hanya tahu baca, hafal tetapi tidak reti berbuat.
Cara dibuat itu seperti membuka budu di hadapan ramai, pasti ia akan dihurungi lalat. Yang malu adalah kita semua dan negara ini. Trims.