UBI KAYU DAN SPEAKER PARANG TUMPUL



MSO


Apabila Yang diPertua Dewan Rakyat Johari Abdul memberi pendapat agar ubi kayu dijadikan makanan ruji kedua, sebagai mengatasi masalah ketiadaan beras (beras ada tetapi disorot), ramai yang gelak dan menganjing kepada Spekar berkenaan. Idea Johari itu di troll dalam media sosial.


Apa yang berlaku itu itu tidak pelik sebab orang Melayu tidak mudah untuk menerima sesuatu perubahan, termasuk gaya makan dan juga jenis makanan. Mereka juga memandang rendah dengan ubi kayu ini. Dalam minda mereka, ubi kayu makanan kelas dua, atau makanan untuk orang sesak dan miskin sahaja. Lebih dahsyat lagi makanan itik, ayam dan lembu. 


Mereka tidak pun fikir dari segi gizi, kebaikan dan ia sebagai produk yang menguntungkan untuk negara. Jangan salahkan mereka sebab orang orang Melayu ini masih beku dan kematu otak dan cara berfikir. 


Pun begitu tidak semua memperlekehkan pandangan Johari itu. Bagi mereka yang tahu khasiat ubi kayu serta mengetahui ia boleh dikomersialkan menerima baik cadangan Johari itu. Negara kita sesuai dengan penanam ubi kayu. Tetapi ia tidak digunakan sepenuhnya, dan lebih teruja kalau ada usaha untuk menanam atau mengeluarkan tanaman lain. Misalnya kalau kurma, anggur, apel dan sebagainya, buah-buahan itu dianggap standard, mudah pula diterima. Padahal bumi kita bukan mudah untuk menyesuaikan tanaman berkenaan. Tetapi dasar orang kita kalau barang dari luar mudah menerimanya.


Cadangan baik Johari Abdul itu bagaimana pun perlu sokong dan diberikan kempen yang meluas dan cara lebih berkesan, jika ia serius. Semalam semasa mengadakan rumah terbuka dikediamannya beliau telah menghidang ubi kayu kepada para teamunya. Perdana Menteri dan bini dia juga hadir sama, dan ditunjukkan hidangan dengan pelbagai menu termasuk ubi kayu. 


Wan Azizah nampak menunjuk ke arah pinggan ubi kayu, manakala Anwar melihat sahaja. Azizah tidak pun menjempit atau mengambil ubil berkenaan setakat tunjuk sahaja. Tidak pasti dia boleh telan atau tidak ubi kayu ni. Alangkah baik kalau Johari mengepit setongkol ubi kayu dan diberikan kepada Anwar dan Azizah. Kita mahu tengok apakah mereka makanan dan telan makanan ruji kedua itu.


Kalau mereka berdua telan dan makanan sudah pasti ia boleh menjadi publisiti untuk ubi kayu atau nama saintifiknya (tapicol) akan diikuti oleh rakyat dan tidak mustahil cadangan Johari yang dianggap remeh itu akan jadi satu produk negara dimasa depan. Mungkin Johari boleh promo ubi kayu di parlimen dengan mengajak dan menjamu anggota parlimen bersarapan atau makanan tengah hari dengan ubi kayu. Boleh buat pesta makan ubi kayu. 


Teringat kepada hal-hal yang remeh, peringkat awal dipersendakan tetapi lama kelamaan ia menjadi popular dan produk boleh membantu pendapatan rakyat marhaen, seperti cerita kelapa  muda dan ulam ulaman yang diperkenalkan (kempen) oleh bekas Menteri Pertanian Allahyarham Sanusi Junid suatu masa dahulu.


Apabila Sanusi bercakap tentang air kelapa muda, ulam-ulaman dan menjadikan tayar buruk sebagai tokong tiruan, ramai yang menggelakkannya dan anggap idea itu remeh temeh dan pandir. Apa jadi akhirnya, hari ini air kelapa muda dan ulam ulaman sudah menjadi minuman dan ramuan utama sampai disediakan di hotel-hotel bertaraf lima bintang. Sebelum Sanusi promok air kelapa tidak laku tetapi kini harga sebiji mencacah RM5.00.


Begitu juga tidak mustahil kalau ubi kayu ini kalau kempen memprodukan dan menanamnya digerak secara serius dan kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga ikut serta memberi dana atau geran mengusahakannya kepada anak-anak muda, apa diangan-angankan Tuan Speaker parang tumpul itu jadi kenyataan. Duhai Melayu cubalah berfikir secara serius sedikit... Trims.