KERAJAAN LEKA DAN SERONOK LAGI YA... RELAX JA..



Mohd Fairul Al Qasas. 






 Agenda ghuluw dan khawarij pihak tertentu semakin berjaya. Pakej pertikaikan YDPA sekali.


Mudahnya bertanya siapa tuhan kamu?


Orang tu jelaskan panjang lebar, sebab tali tu halus bila dicetak nampak terputus, walhal tidak. 


Design pun dah lebih setahun, tapi selama ini tak perasan pun, sekarang perasan kenapa?


Sebab sensitiviti telah diasah. Kebencian pada kaum lain ditingkatkan, kecurigaan telah ditanam.


Akibatnya, mudah untuk melihat sesuatu dari sudut lain dan mudah untuk mempertikaikan akidah orang lain.


Jika JAKIM, KDN, Mufti semua biarkan, mereka akan membiak banyak.


Segala keputusan dan nasihat badan berautoriti tidak lagi didengari dan dihormati. 


Contohnya kes KK Mart. Walaupun ada CCTV yang sahkan stokin tu disusun sendiri oleh pengilang kerana ia produk consignment, tetap juga nak salahkan,boikot dan terus menerus ditanam Kebencian.


Dah macam dosa pulak yang kerja dan membeli di KK Mart.


Bila YDPA cuba tenteram kan, YDPA pula dituduh aibkan Melayu dan berlaku tidak adil, pelbagai fitnah dilemparkan.


Kerajaan masih nak tunggu dan lihat?


Sedialah sebarang kemungkinan.



No comments: