DOAKAN SEMOGA PMX DIBERI KESIHATAN YANG BAIK

 





Mohd Fairul Al Qasas


Anak perempuan saya cakap, walid, walid perasan tak doa khatib tadi?


Apa dia? Tanya saya semula


Ada doa untuk Agong, tapi tak ada pun untuk PM Anwar. 


Saya senyum je, saya kata korang tak pernah pergi solat Jumaat, memang lah doa hanya untuk Raja pemerintah.


PM adalah ahli politik. Raja Pemerintah pula ada ketua agama Islam.


Tapi kita boleh doa sendiri, supaya PM sihat, selamat dari fitnah dan hasad dengki jin dan manusia. Doa juga agar PMX sentiasa dapat petunjuk sepanjang pemerintahannya. Agar Malaysia diberkati dan dirahmati. 


PMX memang ada sakit, kesan dari sakit belakang beliau. Beliau sentiasa berbengkung. Boleh nampak terutamanya bila PMX pakai baju Melayu.


Dalam sakit begitu pun, PMX kerja kuat laju. 

Baru-baru ni PMX sakit mata, tapi beliau tak ambil cuti sakit pun, sebaliknya mampu hadiri 12 program dalam masa 4 hari beliau sakit mata.


Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat PMX Anwar Ibrahim. 


Ameen.