WALAUN JANGAN MERABAN







 *Penggunaan ID Digital adalah secara sukarela, BUKAN sesuatu yang wajib dimiliki oleh rakyat Malaysia*


TIDAK perlu tanam mikrocip dalam mana-mana anggota badan dan TIDAK ada sebarang suntikan.


ID Digital TIDAK akan menggantikan fungsi-fungsi yang sedia ada pada MyKad dan MyKid.


Antara transaksi yang boleh dilaksanakan oleh rakyat di negara seperti United Kingdom, Estonia, Kanada, India yang sudah guna ID Digital adalah:


📌 Boleh membuka akaun tanpa perlu hadir secara fizikal di bank untuk membuktikan identiti.


📌 Boleh melakukan konsultasi dengan doktor dan mendapatkan preskripsi ubat-ubatan dalam talian melalui akses kepada rekod kesihatan.


📌 Boleh melakukan transaksi penyewaan hartanah.


📌 Boleh mengundi dalam talian, tak perlu beratur dan berpenat lelah lagi.


📌 Boleh apply dalam e-pembelajaran.


📌 Yang ini paling best, boleh elak dari kena scam. Dulu sebelum ada WhatsApp, kena guna SMS. Dulu sebelum ada Grab, kena cong dengan teksi dan prebet sapu. Dulu sebelum ada Skype, Zoom, boleh kena pukau (hipnotis dalam talian). 


📌 Dan untuk judi dalam talian, dengan ada ID digital, boleh trace transaksi duit syarikat judi itu sampai ke mana.


Melainkan tokey judi terima dalam bentuk "crypto currency", seperti mana pedophile dan kartel dadah jual senjata, child porn, jual beli guna darkweb dan crypto transaction.


*WR*



No comments: