Heboh dah walaun sebut Samsuri jadi PM ke 11. Mana pergi Sanusi? Sebelum ni kata Sanusi? Cepat betul dia tukar. Macam lagu Lestari, Sekelip Mata Kau Berubah. Walaun Kedah tak marah ke?
Ini menjelaskan yang sebenarnya walaun pun tak fikir Sanusi layak. Tapi sebab tak ada pilihan, jadi nak tak nak terpaksa jugalah angkat nama Sanusi. Bila dapat je Samsuri, terus buang Sanusi.
Tapi takkanlah Samsuri nak langkau kedudukan dalam PN. Setakat hari ni, Mahiaddin masih lagi pengerusi PN. Jadi rasanya, sebelum berangan jadi PM, Samsuri kena jadi Pengerusi PN dulu. Baru betul!
Tengok muka dalam Kabinet Bayangan ni memang tak boleh belah la. Hampir semua ada ceritanya. Samsuri sendiri pun ada isu jual tanah pada NGO isteri pada harga yang sangat murah.
Hamzah popular dengan isu anaknya sorokkan minyak masak bersubsidi. Wan Saiful Wan Jan dengan isu Wan Jana Wibawa. Maksud aku Jana Wibawa. Dah tak ada muka yang clean ke?
Itu belum diungkit lagi cerita kelakar masing-masing. Wan Ahmad Fayhsal top dengan cetak duit dan surat sokongan, Zailah dengan cerita pandu lori tanpa kunci, Dr. Halimah dengan isu makan menu Rahmah boleh dapat anak autism, Siti Mastura dengan kes fitnah Lee Kuan Yew dan banyak lagi
Ada sesetengah tu masa jadi menteri zaman tebuk atap dulu pun tak reti buat kerja macam Radzi Jidin, Tuan Ibharim, Taki dan Marzuk. Si Fawwaz tu jadi MP pun tak reti nak selesaikan isu rakyat.
Kalau beginilah muka yang diketengahkan, dan kalau betul muka-muka ni jadi menteri, memang jahanam la negara dibuatnya. Sama macam masa zaman Pagoh dan Bera jadi PM dulu. Hancur!
Tapi ini mungkin khayalan walaun je kot. Tengok PAS je yang dominasi. Lelaki je pulak tu. Dah tak ada tokoh wanita ke dalam PN? Bersatu pun berapa kerat je. Oh lupa. Ramai MP Bersatu dah sokong PMX. Patut la tak tersenarai. Lupa lak. Guane boh?
Raja Gelap II
.