E-MADANI (VERSI KOREA UTARA - CHINA)





Adrian Lim Chee Ann


Saya pernah melawat ke Yanji, ibu kota wilayah Yanbian yang terletak di Utara Timur China. 


Yanji, Yanbian ini bersempadan dengan Korea Utara je. Betul-betul kat tepi Korea Utara. Kalau naik helikopter atau pesawat, boleh nampak Korea Utara dari udara.


Tapi pesawat yang tiba atau berlepas dari Lapangan Terbang Yanji tidak dibenar membuka tingkap. Window shades wajib tutup.


(Lazimnya pilot akan minta buka tingkap untuk setiap take-off dan landing. Tapi ini tidak. Membuka window shades adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman.)


Populasi Yanji sangat kecil dan Yanji merupakan di antara pekan / daerah / kota yang terkecil kat Tanah Besar China.


Konteks:


China 1,500 juta / 1.5 bilion org

Malaysia 33 juta org

Beijing 23 juta org

Shanghai 28 juta org

Chongqing 33 juta org


Yanji 3 juta org

Selangor 6 juta org

Kedah 2 juta org


Dalam konteks negara China yang mempunyai 1.5 bilion penduduk, Yanji boleh dianggap sangat sangat sangat sangat kecil.


Dalam konteks Malaysi, lebih kurang macam Gua Musang, Kemaman, Kinabatangan atau Marang lah.


Tapi mereka maju.


Sebagai pelancong, saya bertukar lah mata wang asing RenMinBi kat money changer di MidValley sebelum bertolak ke Yanji.


Menariknya, sekembalinya saya ke Malaysia, satu sen renminbi yang saya tukarkan itu pun TIDAK DIGUNAPAKAI.


Sebabnya naik teksi, naik tren, beli air, beli makan, beli kopi, orang tak terima cash. Penjaja kat pasar jual kuih muih Korea Utara pun tak pakai cash.


Kali pertama saya naik teksi di Yanji, saya bayar pakai cash yang ditukar kat MidValley itu.


Pemandu teksi dengan muka annoyed menganggap saya mempermainkan dia.


Dia tanya saya, “shuai ge (leng chai), kamu takde WeChat?”


Saya pun jawablah, “saya takde WeChat sebab saya bukan orang China”.


Dia terkejut lah sebab saya muka Cina. Dia ingat saya orang China bayar tambang pakai cash untuk mempermainkan dia.


Selepas dimaklumkan saya pelancong, dia pun ceritakan.


Yanji dalam 10 tahun lalu pesat membangun. Sejak itu, mereka tak pernah gunapakai cash.


Untuk beberapa minit saya pun jem lah. Sebab takde AliPay, takde WeChat pay, dua aplikasi terpaling popular kat China. Macam mana nak bayar?


Tapi mujurlah Touch N’ Go bekerjasama dengan AliPay. Maka Touch N’ Go kat Malaysia boleh digunapakai terus di kios-kios AliPay kat China tanpa perlu download AliPay atau membuka akaun bank China.


Yang saya nak kongsikan ialah, di China, kawasan yang terpencil dan tidak diketahui oleh dunia luar dah sedekad tidak menggunapakai cash.


Tak kisah lah pemandu teksi ke, kios tiket tren ke, penjaja kat tepi jalan ke, street photographer yang ambil gambar saya ke, semuanya tak pakai cash.


Ini bukan Shanghai atau Beijing. Ini Yanji, antara kawasan yang terpaling pencil di Tanah Besar China.


Beijing Shanghai lagilah maju. Beli sayur kat supermarket boleh masuk je, angkut barang yang diperlukan dan walk out. Kamera akan buat face recognition dan akaun bank auto dipotong.


Yanji yang sebegitu terpencil pun dah maju jauuuuuuuuhhhhhhh ke depan berbanding kawasan-kawasan bandar yang terpaling maju di Malaysia.


E-MADANI ini apa?


Antara syarat yang dikenakan ialah tak boleh transfer, tak boleh bayar utiliti, tak boleh membuat pembelian online.


Tapi rakyat kita ramai yang mangkuk. Mereka maki dan troll kerajaan sebab tidak faham bahawa tujuan utama E-MADANI bukannya meringankan beban tanggungan rakyat.


Objektif E-MADANI ialah membiasakan golongan bukan syarikat besar mengguna teknologi kewangan.


Syarikat utiliti seperti TNB, Astro, DiGi, Maxis dan sebagainya ialah syarikat besar yang updated dengan teknologi kewangan, sebab itu kerajaan mengecualikan mereka.


Sebaliknya, Kerajaan nak kamu beli pisang goreng atau burger Ramli kat tepi jalan dengan menggunapakai e-Wallet, agar penjaja-penjaja kecil membiasakan diri dengan e-Wallet.


Ini agar di masa depan, Malaysia pun menjadi maju seiring dengan pembangunan global.


Cuba bayangkan…. Para penjaja kat Gua Musang, Kemaman, Marang semuanya pakai QR Pay. Macam tak boleh brain kan?


Maksudnya kita benar-benar jauh ke belakang sampai tahap nak bayangkan versi maju kawasan terpencil Malaysia pun payah. Tak mampu bayangkan.



No comments: