TABIAT PENGGUNAAN WANG



Adrian Lim Chee Ann


Percaya tak, membeli barangan dengan wang tunai adalah lebih MAHAL berbanding e-wallet?


Korang tau kenapa?


Hang bawa RM50 ke pasar.

Beli sayur beli daging.

Kata lah, jumlah pembelian sehari itu adalah RM42.30.

Maka bakinya RM7.70.


RM7.70 ini korang letak poket. Masuk kereta letak kat pintu letak kat laci. Sampai rumah letak atas meja.


Dua hari kemudian, RM7.70 itu dah tak ingat letak kat mana.


Oleh itu, pembelian kat pasar tempoh hari sebenarnya RM50. Bukannya RM42.30.


Korang bawa e-wallet pula, benda RM1.35 berbaki 65 sen pun 65 sen itu tak hilang ke mana. Ianya stay dalam e-wallet. Ready digunapakai next round.


Ini satu kitaran.

One outing.


Sehari berapa outing korang buat?


Contoh lah bawa kereta dari Kapar ke Jeneri.


Mula-mula singgah beli rokok RM18 kat Petronas. (RM2)

Kemudian berhenti kat RnR nak kencing, tapi dibeli pula teh ais RM3.80 ikat tepi sebab haus. (RM1.20)

Setibanya kat kereta, nampak jeruk kat lori sebelah, beli lah buah dan jeruk RM7 makan kat kereta. (RM3)


RM2 + RM1.20 + RM3 ini bagi je beberapa hari. Takkan ingat letak kat mana dah.


Seminggu total “hilang” berapa?

Sebulan total “hilang” berapa?

Setahun total “hilang” berapa?


Katakanlah. Katakan. Duit kecil itu semua tak “hilang”. Korang simpan baik-baik.


Tapi sebulan nanti, korang boleh ingat ke dalam bulan lepas korang spend duit kat mane? Confirm tak ingat lah bro.


E-wallet? Setiap transaksi direkodkan. Dua bulan nanti korang nak berjimat sebab nak bersedia melancong. Bolehlah korang rujuk balik kat mana tempatnya korang spend tetapi rasa kesal.


Semak jumlah perbelanjaan bil telefon, semak jumlah perbelanjaan makan kat luar. Yang mana korang rasa berlebihan, bolehlah mula cut-down.


Itulah namanya financial planning.


Saya merupakan pengguna kad BigPay sejak bertahun-tahun lalu.


Sebab utamanya kat dalam ada penyusunan secara automatik perbelanjaan mengikut kategori pengangkutan, petrol, utiliti, hotel, runcit, hiburan, makanan dan lain-lain.


Korang boleh juga semak total spending mengikut bulan dan tahun.


Uisehhh. Dah macam agen pula. Maaf takde promo code 😂



No comments: