SIAPA ORANG MUNAFIK




 Aku tengok ramai orang lekat posting ni di ruangan komen. Dikatakan Azhar Idrus mengungkap "hanya orang munafik yang menjaga hati orang kafir."


Apa yang tak kena dengan ungkapan ini? Memang ada perkataan kafir, tapi aku lihat ada sesuatu yang lebih besar iaitu, ungkapan ini adalah ungkapan politik.


Kenapa ungkapan politik? Sebab ia diungkap pada ketika ada isu politik yang hangat berkenaan kata kafir. Kerana satu pihak anggap ia biadab tapi satu pihak lain mempertahankan.


Sudah tentulah Azhar Idrus dari kelompok yang mempertahankan. Sebab itu dia bercakap begini. Tujuannya konon macam ayat pemati. Biar tak ada yang boleh lawan lagi.


Keluarkan ayat pemati begini memang kerja mudah untuk tutup diskusi dan dapatkan pujian penyokong yang bodoh. Tapi masalah dengan ungkapan politik begini. Ia akan memakan diri.


Ungkapan politik selalunya diungkap luar konteks. Dan acap kali juga ianya bersifat ekstrem. Bererti, sekiranya ungkapan itu bersifat menghukum, maka hukumannya sering berlebihan.


Ungkapan politik bukan untuk menjawab persoalan tetapi hanya untuk jaga ego. Jadi ungkapan politik jarang sesuai pada setiap masa. Biasanya ia valid hanya pada waktu ianya diungkapkan sahaja.


Itulah yang terjadi pada ungkapan ini. Masa Azhar Idrus cakap ni, hanya nak jadikan booster kepada walaun yang mati hujah nak bela keceluparan lebai mereka.


Untuk sekejap masa, berkesanlah agaknya. Tapi semakin lama, ia menjadi semakin menyesakkan. Sekarang, ungkapan ini digunakan untuk persenda walaun sendiri.


Kesimpulan dari ini, selamat untuk dikatakan yang Azhar Idrus bukanlah guru agama yang neutral tapi daru golongan lebai. Bila golongan lebai, maka apa yang dia cakap, kita kena berhati-hati.


Sebab lebai guna dalil yang boleh laras. Bila dalil tu menguntungkan, dia akan laras supaya dia boleh dapat keuntungan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: