Kebanyakan MP dari PN terutama PAS adalah male chauvinist PxG.




 Kebanyakan MP dari PN terutama PAS adalah male chauvinist PxG. 


***************

PARLIMEN l Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memetik hadis Nabi Muhammad SAW yang menyeru supaya bersikap baik selepas dia diherdik sebahagian ahli Parlimen ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 .


Dr Zaliha (PH-Sekijang) berkata pun begitu dia tidak mempunyai masalah dengan herdikan yang dilontarkan sebahagian ahli Parlimen yang tidak berpuas hati apabila klausa generasi penamat rokok (GEG)digugurkan.


"Walaupun pelbagai rencam aksi perbahasan yang terlihat sehingga terkadang suhu menjadi panas dalam perbahasan itu, sehingga ada yang seperti memprovokasi dan mengherdik saya.


"Tapi saya okay Yang Dipertua. Saya ni memang jenis yang boleh menerima pandangan, agree to disagree yang penting tak makan herdik.


"Cuma saya nak membawa hadis Ar Rasul SAW, Nabi SAW bersabda, Aku berwasiat kepada kamu agar bersikap baiklah terhadap wanita. Itulah kalimat yang diulang-ulang hingga tiga kali dalam khutbah perpisahannya (Nabi SAW)," katanya ketika memulakan sesi penggulungannya di Dewan Rakyat, hari ini.


Seramai 27 orang ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan itu.


Semalam pada sesi perbahasan, beberapa wakil rakyat menghalakan sasaran mereka kepada Dr Zaliha selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi warga yang lahir selepas 1 Januari 2007, daripada RUU itu.


Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mendakwa Dr Zaliha dan KKM tunduk kepada pelobi dan pemain industri tembakau sehingga menggugurkan peruntukan itu - yang lebih "generasi penamat" (GEG) - daripada RUU tersebut.


Kritikan itu walaupun setelah Dr Zaliha kelmarin menjelaskan satu-satunya sebab ia digugurkan adalah kerana Pejabat Peguam Negara (AGC) berpandangan ia "tidak berperlembagaan".


Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) ketika membahaskan RUU itu hari ini mengingatkan Dr Zaliha bahawa penggubal undang-undang adalah ahli parlimen, bukannya AGC

Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) pula menyuarakan sentimen yang sama.


Suhaimi menggesa Dr Zaliha untuk "berkata benar" tentang sebab peruntukan itu digugurkan.


Dalam pada itu, Dr Zaliha membuat kesimpulan daripada perbahasan itu bahawa ahli Parlimen prihatin dan sayang terhadap generasi masa depan negara.


"Hampir separuh yang kecewa dan marah apabila GEG digugurkan daripada RUU yang stand alone ini.


"Tapi, ahli YB sekalian, perlu diingatkan kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi yang tidak merokok, tapi sama pentingnya untuk melahirkan generasi yang tidak rasuah, tidak sakau wang rakyat, generasi pemfitnah juga generasi yang membuta tuli wala' kepada pimpinan," katanya lagi.



No comments: