𝗔𝗛𝗛...𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛..... !!! 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗣 𝗣𝗣𝗕𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗠𝗫??



𝗔𝗛𝗛 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗢𝗜𝗛...!! 𝗖𝗵𝗶𝗽 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗧𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗔𝘁𝗮𝗽, TAPI... semakin lama semakin ramai MP PPBM tak bersetuju dgn lebai kongkiak tu.


SEBELUM ni PPBM dah dabik dada KUNUNnya tak akan ada lagi MP PPBM akan beralih sokongan kpd PMX. Tup-tup  Bukit Gantang umum sokong PMX. 


Di kempen PRK Kemaman, kemain puak lebai canang nak ambik alih Kerajaan dari PMX? Allah bayar cash niat jahat nak memporak perandakan kestabilan politik dan ekonomi negara ni.


Seperti yg saya katakan dulu, bukan PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI yg bakal tumbang tapi PNyakau a.k.a PERTIKAIAN Nasional yg akan melingkup...!!


InsyaAllah.


- Zus Din 

30112023

**********

Empat atau lima Ahli Parlimen lagi dilapor bakal sokong Anwar

Oleh Akhbar Cina - 30 November 2023


KUALA LUMPUR – Seramai empat hingga lima Ahli Parlimen dari Bersatu dilapor akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Sinchew Daily melaporkan, wakil rakyat tersebut adalah dari Kedah, Perak dan Terengganu.


Keadaan itu juga bermakna sejumlah sembilan hingga 10 orang wakil rakyat Bersatu akhirnya mungkin menyuarakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.


Kenyataan itu menjadikan beliau Ahli Parlimen Bersatu kelima yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Empat wakil rakyat Bersatu lain yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Sumber berkata, “satu pengaruh” telah memujuk wakil rakyat pembangkang untuk menyokong Anwar.


“Pengaruh ini telah berjaya dan lebih ramai wakil rakyat Bersatu akan bertukar hala selepas ini.


“Apabila tiba masanya, mereka akan keluar. Mereka berbuat demikian besar kemungkinan mahu menyelamatkan diri dan tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa tuduhan kesalahan,” kata sumber itu. – MalaysiaGazette

Link : https://malaysiagazette.com/2023/11/30/empat-atau-lima-ahli-parlimen-lagi-dilapor-bakal-sokong-anwar/



No comments: