MENYANTUNI WARGA KERJA PETRONAS .

 













Tiba di Kemaman, Terengganu petang ini dan saya terus menyantuni warga kerja PETRONAS Pantai Timur diketuai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Datuk Sazali Hamzah dalam sesi ramah mesra dan penuh santai.


Dalam ucapan, saya singgung keperluan untuk menjadikan negara kembali gemilang melalui lebih banyak kemasukan pelaburan secara glokal untuk dimanfaatkan rakyat jelata.


Ini termasuklah melalui kerjasama antara pelabur dengan PETRONAS yang memerlukan pendekatan baharu untuk terus kekal bersaing di persada antarabangsa mengambil kira pelbagai tantangan masa kini.


Untuk menjayakannya, saya telah mengarahkan Tenaga Nasional Berhad sebagai pemudahcara untuk apa yang dirancang PETRONAS, sayugia ini akan memacu masa depan yang lebih baik untuk kita semua, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: