Negara tidak selamat jika puak pelampau pecah belah masyarakat




 Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan memerlukan kestabilan politik sebagai tonggak kekuatannya.


Menurut Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia akan huru hara sekiranya politik mengadu domba kaum Melayu dan bukan Melayu diamalkan pembangkang hari ini diberi laluan menjadi arus perdana.


"Saya ingatkan negara ini tidak akan selamat kalau diizinkan puak pelampau ini menghasut dan memecah belah. Porak peranda negara ini


"Beza pendapat boleh. PM tak reti urus ekonomi tak apa. Mat Sabu tak reti jaga ayam ok. Kita boleh jawab. Tetapi hukum kita menentang agama, bangsa, ini sudah melampau.


"Di Terenggau majoriti 90% Islam. Di Sarawak Islam minioriti, Pulau Pinang kurang 50%. Ini semua diambil kira. Kita tingkatkan kefahaman Islam. Tingkat umat Islam hayati Islam," katanya dalam Ceramah Mega MADANI PRK Kemaman, malam tadi.


Anwar menyifatkan pembangkang telah kehabisan modal politik kerana kecaman yang dilemparkan dari hari ke sehari semakin terfokus kepada Kerajaan Perpaduan khianat Melayu - Islam sahaja dan tidak lagi banyak menyentuh isi isu lain.


"Semua kecaman itu berbalik kepada kita ini tidak Melayu dan tidak Islam. Hanya itu sahaja


"Tengok perdebatan di Parlimen semalam, apa di sebut pemimpin Pas yang kita ini menipu, tidak memberi faedah kepada rakyat.


"Dia kata semua kebaikan kita terpadam.


"Nokhtahkan miskin tegar, itu tak diambil kira. Tandas sekolah kita perbaiki termasuk di Kemaman tidak memberi eksan.


"Bagi mereka kita zalim kerana tak beri projek (peruntukan) kepada wakil rakyat. Projek untuk rakyat tidak penting bagi mereka, yang penting mesti melalui wakil rakyat.


"Saya nak jawab, saya tak akan beri projek kepada mereka. Sombong. Hari hari kata kita khianat Melayu Islam, kemudian minta duit pada kita," sinisnya.


PM juga menyentuh tentang pengajaran hadis 40 Imam Nawawi di sekolah sekolah yang ditentang juga oleh sebahagian orang Islam berkepentingan.


Katanya, pengajaran hadis itu agar orang Islam faham dan tidak jadi taksub serta mudah ditipu oleh pemuka agama yang menyeleweng.


"Hadis 40 supaya orang Islam boleh faham tentang Islam dan tak jadi ekstrem.


"Yang jadi masalah orang Islam jahil, sebab itu orang cerita, semua dia terima," katanya.


Anwar juga menyatakan kerajaan PN sebelum ini yang didakwa bersih apabila disiasat rupanya banyak mengamalkan korupsi.


Sehinggakan seorang menantu kepada bekas PM, katanya, melarikan diri apabila disiasat.


"Masa kamu (PN) perintah (konon) tak ada rasuah. Kecam TPM1 Zahid (kes korupsi). Keputusan batalkan pertuduhan Zahid itu bukan keputusan PM. Peguam Negara teliti. Dia kata masa itu dipaksa untuk dakwa, ada rekod. Saya pula disalahkan.


"Masa Pas perintah tak ada rasuahkah? Jana Wibawa diberi kepada anak, menantu. Yang menantu lari keluar pun ada.


"Baru disiasat dah lari," katanya dan menekankan beliau tidak pernah lari ketika disiasat, dipenjara, dibebas dan dipenjarakan semula.


Katanya, itulah bukti pejuang bangsa yang layak memerintah.