PROPAGANDIS



Satu benda tuan puan kena tahu, dalam dunia politik ada Propagandis. Kerja mereka sepenuh masa sebarkan propaganda dan dakyah politik parti. Gaji ribu riban sebulan. Makan duit dari telapak tangan orang politik. 


Sepanjang 5 tahun menulis. Saya banyak kali jumpa mereka ini. Modus operandi mereka senang. Mereka tak sebar fakta. Mereka hanya pupuk politik kebencian. Melaga2kan dan buat fitnah berterusan. 


Saya kenal seorang Professor yang bagi kelas kepada propagandis. Sekarang dah bertaubat. Dia kata dulu zaman 80an/90an, banyak kelas dibuat untuk Propagandis. 


Mereka diajar macam mana nak corak pemikiran Pengundi. Bukan dengan kata2 hikmah tapi kata2 keji. Buat politik benci. Dengan budaya takfiri. 


Contoh: Kita bercakap tentang isu dengan fakta. Depa terus label: liberal, sekular, murtad. Kalau nak kalah hujah, terus guna bahasa keji: Betina, sundal, barua. 


Ini latihan mereka tuan puan. Yang diajar dalam kelas propaganda. Cara2 nak naikkan emosi. Agar galakkan pajakan otak pada pemimpin atau parti. 


Mereka ini juga hati kental. Bab memaki dan menghina, mereka professional. Budaya kerja mereka. Mereka kena hina pun takpe, janji mereka teruskan dakyah kebencian. Laga2kan masyarakat. 


Bila terjumpa orang macam ni, kita kena ingat. They go low, we go high. Takyah layan maki dia, we stick to the facts. Kalau setakat fake account baik bolayan. Tapi kalau jumpa propagandis tua, yang tak habis2 dumbdown rakyat, kalau nak ajar dia, silakan... 


Kalau kita perhatikan propagandis yang ada, tengokkan lah latar belakang mereka. Ada yang mengaku pejuang Melayu, walhal atas Surat Beranak takde tulis Melayu. Melayu tertipu. 


Ada yang polis dibuang kerja sebab isu rasuah. Ada yang through and through kerja nya fitnah dan adu domba dan mengaku terima berjuta. 


Orang ni kalau tuan puan nak pajak otak dan percaya, habislah negara. Propagandist ini kerja mereka itu saja. Naikkan sentimen dan dakyah bukan membina minda. 


Ni dah tahun 2023. Konsep memandirkan rakyat ni, kita kena tolak segara. 


To change the politics, we have to change the society. Ia bermula dengan diri sendiri. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


p/s- Terima kasih warga Twitterjaya, defend saya di sana. Moga jihad intelek kita untuk rakyat berjaya.



No comments: