Ustazah oh ustazah. Bila dah tersepit, tak tahu nak back up macamana, terus spin.
Konsert Coldplay bukan main dia hina, siap doakan yang jelik, sekali tengok di negeri Serambi Mekah dia tu ada konsert yang lebih besar maksiatnya. At Least Coldplay tak pakai seksi.
Eh tiba-tiba dia buat alasan konsert Coldplay tu ada promosi besar-besaran. Konsert Loy Krathong tak ada promosi pun. Maknanya kalau nak buat konsert maksiat diam-diam dibenarkan la ek?
Suatu ketika dahulu, masa PAS sibuk mahu hudud, ada orang berhujah pada aku yang hudud PAS nak buat tu bukanlah hukum Allah. Sebab, kalau orang sendiri salah, takkan dihukum.
Masa tu aku tak setuju. Tapi hari ni, melihatkan apa yang berlaku sekarang ini, suara itu mula terngiang ngiang di telinga aku. Betul la kata dia. Memang PAS takkan adil menghukum.
Dalam isu konsert ni, bahkan banyak isu lain, kita sendiri boleh lihat. Bila orang lain buat, semua tak Islamik. Semua haram. Tapi kena tang dia, jadi halal segalanya. Minda mereka korup.
Masa kes MP pandu uji Raptor pun macam tu juga. Bukan dia yang langgar PKP yang dikecam. Tapi orang yang dedahkan jenayah dia pulak yang jadi sasaran tohmahan.
Bayangkan kalau PAS dah buat hudud. Nanti ada anak menteri curi sorok masak, tiba-tiba dia kata sorok minyak masak tak dikira mencuri. Menteri seleweng dana, tiba-tiba dia kata tu bukan seleweng tapi sedekah.
Pokok pangkalnya, perjuangan PAS hanya bermotif politik. Bukan berlandaskan Islam. Sebab tu lebai PAS rela halalkan maksiat dan haramkan perkara yang baik demi kepentingan politik.
Segala apa kebaikan yang DS Anwar dan Kerajaan Madani buat semuanya nak dinafikan dan diputar belitkan. Manakala segala kebejatan yang puak dia buat semuanya dibela dan dicipta dalil.
Bagaimana nak tegakkan hukum Islam jika begitu caranya? Itu bukan ajaran Islam. Bukan apa yang Nabi saw ajar untuk kita amalkan. Habis tu ajaran siapa? Fikirkanlah sendiri. Guane boh?
Raja Gelap II
.