PEMERINTAH YANG JAHAT





Saya tidak pasti sama ada laman Ustaz Azhar Idrus yang memberi komen di laman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu mewakili Ustaz Azhar Idrus yang sebenar atau tidak, kerana itu bukanlah laman rasmi beliau, laman rasmi beliau di satu lagi alamat Facebook bernama sama iaitu Ustaz Azhar Idrus. Tetapi berdasarkan rekod, maklumat yang disampaikan melaluinya dan jumlah pengikut, nyata laman yang pertama itu juga bukan laman "scam."


Cuma, kalau betul laman itu pun dari Ustaz, saya teringin nak bertanya, apakah takrif pemerintah yang jahat itu?


Antara tokoh filusuf Islam yang banyak memperkata tentang kepimpinan negara adalah Ikhwān al-Safā' (4H). Ikhwān al-Safā' ada mengkategorikan negara sebagai negara baik dan negara jahat. Negara jahat bagi Ikhwān al-Safā' adalah negara yang terletak di bawah orang yang zalim dan jahil yang dianggapnya seperti binatang buas (Rasā'il, 4:4006).


Sekali lagi, kalau betullah itu komen dari Ustaz, apakah Ustaz melihat pemerintah hari ini adalah "pemerintah yang jahat" sebagaimana hadis, dan kepimpinan negara hari ini adalah kepimpinan yang sangat zalim, sangat jahil serta seperti binatang buas? Hanya kerana seorang Zahid Hamidi lepas tanpa bebas?


Wallahu a'lam...


Apa pun, Ustaz masih seorang tokoh fuqaha negara yang sangat saya hormati.


Zukri Aksah 

MyMadani Parti Keadilan Rakyat 


#neoreformia #DSAIPM10 #MalaysiaMadani #kamikeadilan #kerajaanmadani #AkuKeadilan #Reformasi #AnwarIbrahim #DemiPertiwi #harapan 

Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Pakatan Harapan Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia