𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐓𝐎𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐅𝐈𝐓𝐍𝐀𝐇, 1. Ada seorang geng PN telah


1. Ada seorang geng PN telah menyebarkan fitnah yang amat dahsyat.


2. Dia menyebarkan fitnah bahawanya DAP nak pinda PERLEMBAGAAN membabitkan agama Islam.


3. Sebenarnya 2/3 ada atau tiada DAP tak boleh pergi ke arah itu. Salah satu sebab utama ialah ada 5 perkara yang mana jika PARLIMEN nak PINDA dia kena hadap dulu MAJLIS RAJA-RAJA.


4. Salah satunya ialah ISLAM.


5. MAJLIS RAJA-RAJA TAK AKAN BENARKAN. Itu asasnya.


6. Satu lagi PERDANA MENTERI kita wajib orang ISLAM.


7. Katakanlah memang DAP gila nak pinda sangat tu, bukan sahaja dia akan berdepan dengan ADUN / MP yang beragama Islam dalam parti dia, dia kena berdepan dengan MP-MP beragama Islam yang bersama-sama dalam gabungan.


8. Dia kena lalu TPM. Dia kena lalu PM. TPM kena lalu parti. PM kena lalu parti. Dalam tu majoriti umat Islam. Kau nak kena p@ncung ke?


9. Kita nak pergi ke arah buat USUL sahaja dah begitu complicated. Belum lagi bincang. Belum lagi nak bawa ke SPEAKER. Lepas tu bahas. Nak buat usul sahaja pun tak lepas. Sebab DAP tak berdiri sendiri sebagai 147. Dia pegang tangan parti lain.


10. Lagi kau nak merentan pasal PINDAAN?


11. 𝐁𝐎𝐃𝐎𝐇 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐔.


12. PILIHANRAYA DIADAKAN SETIAP 5 TAHUN. SEPERTIMANA KAU BOLEH MEMINDA KEPADA SEKULAR, SEPERTI ITU KAU BOLEH PINDA BALIK KEPADA ISLAM.


13. Bezanya hal ini memang tak akan berlaku sebab bukan sahaja tak akan lepas ke peringkat MRR, nak lepas ke peringkat BUAT usul pun TIDAK BOLEH BERLAKU. Kerana DAP dan SEMUA PARTI-PARTI KAT MALAYSIA neh tahu PRU 5 TAHUN SEKALI. DORANG TAK AKAN Bun#H DIRI SENDIRI. Itu belum lagi kau bincang pasal PERLU KELULUSAN MAJLIS RAJA-RAJA. Ini kita sembang pasal PINDAAN secara basic. Apa yang TELAH DIPINDA boleh DI RE PINDA. Dan jika babitkan ISLAM? MEMANG TAK AKAN LEPAS. KITA SEMUA MATI PUN TAK AKAN LEPAS. KERANA ITULAH PERLEMBAGAAN MENGATAKANNYA. KAU NAK PINDA, KAU KENA TUKAR DULU SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN. KAU RASA RAJA-RAJA AKAN SIGN UNTUK HAPUSKAN MONARKI? DIMANA AKAL KAU SEMUA BILA PERCAYA BENDA BODOH MACAM TU. 


14. Ok, sambung mengumpat balik.


15. Selepas kantoi menyebarkan fitnah, dia edit POST.


16. Orang tegur post dia memberikan gambaran yang TERSANGATLAH SALAH, BERBAUR FITNAH, MISLEAD, BUKANNYA FAKTA.


17. Macam biasa, geng-geng neh konar baring.


18. Sekarang neh post dia dah viral kat Tiktok. Kat Tiktok pula jadi bahan fitnah dan memberikan gambaran yang salah terhadap kerajaan. Komen-komen dok bayangkan nasib baiklah tak jadi nak pinda kepada SEKULAR. Syed Saddiq jadi hero sebab halang pindaan ini. Whatdehell. 


19. Segengam pasir yang dia baling kat nasi orang tu, dia tak berjaya kutip semua. Jika report polis ke atas dia, dikatakan koyak. Tapi apa tanggungjawab dia untuk membetulkan fitnah? 


20. Kita ada Tuhan yang sama. Kau buat orang, kau kena balik. Kau fitnah DAP, kau akan dapat balik. Fitnah itu tidak boleh kepada semua. Tak kira orang tu baik, jahat, muslim atau tidak, berbangsa apa, beragama apa, berasal dari negara mana, jantinanya, bekas banduan atau tidak, penagih atau rempit, semua. Kau tak boleh fitnah siapa pun. Tak ada halalnya.


21. Banyak kali dah aku sebut neh. PHBN bukan kerajaan sempurna. Anwar tidak perfect. Kau tegur dorang babitkan isu ekonomi. Kenegaraan. Polisi. Perundangan. Sistem. Kau jangan trigger sentimen. Kaum dan Agama. Ia salah. Orang bukan Islam dan bukan melayu di negara kita neh, menghormati agama Islam dan menghormati orang melayu. DAP begitu dan demikianlah juga parti-parti lain yang bukan melayu dan bukan menganuti Islam. Segilintir yang buat hal, ia ada tetapi secara asasnya, majoriti dari mereka menerima dan memahaminya dengan baik, malah yang buat hal tu pun ending dia nanti jadinya dia terima selepas disekolahkan. Ini hakikatnya kat negara kita. Berhentilah menyebarkan apa yang tidak benar.


22. Sila baca TITAH SULTAN SELANGOR. Sangat TEPAT untuk geng² PN hadamkan.


Sekian.

-YanieMansor



No comments: