DNAA kes Zahid: Peguam Negara akan beri penjelasan di Parlimen


 Oleh: Abdullah Zaid


Pengerusi Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Pembaharuan Institusi Parlimen William Leong Jee Keen memberi jaminan untuk memanggil Peguam Negara (AG) berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan terhadapnya.


Penjelasan tersebut dibuat susulan wujud kekeliruan dikalangan ahli dewan pembangkang yang mendesak usul khas untuk dibahaskan dalam sesi sidang Parlimen kali ini.


"Saya sebagai Pengerusi (Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Pembaharuan Institusi) telah mengeluarkan kenyataan bagi memanggil kedua-dua Peguam Negara untuk prosiding bagi memberikan penjelasan.


"Justeru, kami akan membentangkan laporan itu selepas siasatan dilakukan," kata William yang juga Ahli Parlimen Selayang di Dewan Rakyat, hari ini.


Pada 4 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan, melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Presiden UMNO itu atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.


Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwa yang diwakili Peguam Negara (AG) menarik balik tuduhan tersebut atas sebab wujud bukti baharu melalui surat representasi yang dikemukakan pihak tertuduh.


Susulan itu, pihak pendakwa mengambil keputusan menyiasat dengan lebih mendalam tentang perkara yang ada dalam surat tersebut.

No comments: