KENAPA BILA BUAT BERITA BAIK TAPI TIADA MAKLUMKAN...INI LAH JASA YANG DILAKUKAN KERAJAAN PMX









 5 hari lepas, YAB Perdana Menteri turun ke Kampung Orang Asli Tonggang, Perak. Di kawasan tersebut, ada lebih 400 penduduk, namun tiada akses internet.


Saya telah minta MCMC untuk pasang Starlink dan Alhamdulillah semalam satu unit telah dipasang di situ.


Untuk rekod, di Malaysia, masih ada 3% lagi kawasan berpenduduk yang tidak mempunyai akses internet.


Isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian di kawasan tersebut.


Oleh itu, Kerajaan akan terus bekerjasama dengan para penyedia perkhidmatan internet satelit termasuk Starlink untuk melengkapkan 100% akses internet di kawasan berpenduduk, selain menambah baik perkhidmatan di kawasan sedia ada.



No comments: