KERANA KEGAGALAN KAU LAH BERITA DAN PENYEBARAN BERITA PALSU BERTAMBAH DAN BERMAHARAJA LELA

 

1. BERITA PARTI KO SUARA KEADILAN TAK BERFUNGSI UNTUK MENYEBARKAN BERITA BENAR.

2. KO INGAT PROBONO INI SUKA SUKA NAK BANTU KERJA KAU KAH

3. PEGUASAAN MEDIA SOSIAL PUN TAK DAPAT  MENANGKIS SERANGAN CYBERTROOPER  PN

4. KAU TIDAK PEDULI PUN ANWAR BEKERJA SEORANG DIRI SEBAB  KAU TAK BIJAK GUNAKAN MEDIA.

5. KELEMAHAN KAU IALAH KERANA KAU HILANG FOKUS UNTUK SEBARAN MEDIA DAN MELAWAN FITNAH PARA LEBAI.

6. MEDIA ARUS PERDANA SEPATUTNYA DIJADIKAN BAHAN KEPENTINGAN KERAJAAN KERANA KEBEBASAN MEDIA BUKAN SOAL LAGI. RAMAI YANG DAPAT MEDIA BEBAS, TETAPI TUMPUAN KAU LEMAH.


7. KAU TAK PERASAN DI MEDIA SOSIAL ORANG MENGUTUK KERJA LEMBAB KAU.


8. KAU INGAT HARAKAH TU LAKU SANGATKAH ? TAK LAKU PUN, TAPI PENGELUARAN HARAKAH TETAP JALAN SEBAB DI SITU LAH FAHAMAN DISEBARKAN.KAU TAK IDUP DIZAMAN AKHBAR PARTI KAU BERJAYA MENGUBAH PERSEPSI RAKYAT.


9 MEMANG RAMAI HARAP ANWAR TUKARKAN KAU KEPADA ORANG LAIN YANG  LEBIH BIJAK TENTANG PERANAN MEDIA  NI. AKU PUN HARAP KAU DIGUGURKAN .




HENTI SEBAR FITNAH 54 RIBU WARGA CHINA DAPAT IC – FAHMI





Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil menggesa orang ramai menghentikan fitnah kononnya Kerajaan Perpaduan akan memberi status kewarganegaraan kepada puluhan ribu rakyat China.

“Sebelum ini, ada pihak yang menuduh kononnya Kerajaan Perpaduan akan memberi status warganegara kepada 54,000 rakyat China. Sebenarnya angka 54,000 yang disebut-sebut itu adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima.

“Itupun (jumlah permohonan diterima) bukan untuk 2023. Ia adalah angka keseluruhan permohonan dari 2017 hingga 2022. Jadi, berapa sebenarnya yang diluluskan?

“Berdasarkan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hanya 45 warga China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini.

“Itupun hanya setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntukkan mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964,” katanya dalam video ringkas dimuat naik melalui TikTok

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa orang ramai tidak mudah terpedaya dengan fitnah memburukkan kerajaan, dan mereka disarankan membuat semakan kepada perkara yang tular di media sosial.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail menyangkal dakwaan konon kementerian diterajuinya sedang dalam proses memberi kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing, terutama dari China.

Beliau menyifatkan perkara terbabit sebagai tohmahan dahsyat dilontarkan tanpa rasa tanggungjawab, yang memberi kesan kepada usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.

Saifuddin Nasution berkata, lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan diterima pihaknya dan daripada jumlah itu sebanyak 9,000 sudah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.

Justeru, katanya, jika data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelit dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementeriannya menyelesaikan isu kewarganegaraan, termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan bahawa kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia untuk menjadi ‘pengundi DAP.’