SANUSI. HANG TAK MAU CERITA KA BAB NI.

 



Guar Chempedak: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didenda RM500,000 kerana kesalahan mencuri unsur nadir bumi (REE) tahun lalu.


Saifuddin berkata, denda itu dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ke atas Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah kerana kegiatan yang dilakukan di Sik.


Katanya, berikutan itu Muhammad Sanusi selaku Pengerusi MBI Kedah dicabar menjelaskan perkara berkenaan dan menafikan sama ada beliau terbabit dalam kegiatan mencuri REE.


"Malam ini saya nak tanya dengan Sanusi sebagai pengerusi MBI, ada tak dapat surat daripada Datuk Fauzi Mustafa selaku Pengarah PTG Kedah pada hujung tahun lalu?


"Surat itu mengkehendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri REE di Kampung Chong, Sik. Kamu Menteri Besar, kamu Pengerusi MBI, surat itu bertarikh 4 Oktober 2022.


"Dialamatkan kepada Pengerusi MBI, kompaun di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara dalam kejadian 2.30 petang, 24 September 2022 kerana curi REE, yang tandatangan Datuk Fauzi," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak di sini, malam ini.


Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya akan terus mendedahkan kepincangan yang dilakukan Muhammad Sanusi bagi membolehkan rakyat membuat pilihan tepat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.


"Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri. Ini adalah permulaan dan kita ada lagi beberapa siri pendedahan dengan dokumen lengkap kerana kita percaya rakyat Kedah cerdik.


"Jangan sesekali memandang rendah kebijaksanaan orang Kedah, mudah-mudahan paling kurang (kemenangan) 19 kerusi Dewan Undangan Negeri akan jadi kenyataan," katanya..



No comments: