LADANG TERNAKAN LEMBU AKAN DI BUKA DI N.SEMBILAN.


Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli, berkata kerajaan sedang merangka projek ladang ternakan dengan kapasiti 1,000 ekor lembu. Ladang ini akan dibuat di Negeri Sembilan kerana hanya negeri itu yang mahu sediakan tanah.


Inisiatif ini dijangka akan mampu turunkan harga lembu di pasaran yang mana pada masa ini, 80% adalah diimport. Selain itu ia juga akan membuka peluang bisnes dan  pekerjaan kepada rakyat.


Ini inisiatif terbaharu kementerian. Sebelum ini IPR iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IKHSAN, INSAN dan INTAN) yang menyasarkan golongan B40 untuk mulakan perniagaan dalam bidang perkhidmatan, makanan dan juga pertanian.


Aku tak mahu cerita panjang lebar tentang inisiatif ini. Aku cuma nak ajak rakyat berfikir. Ingat kembali sewaktu Azmin jadi Menteri Ekonomi dahulu. Apa inisiatif yang Azmin pernah adakan? Boleh cerita?


Yang ada, pergi melawat sana sini. Yang paling dia banggakan, jadi tukang mop lantai Masjidil Haram dan lawatan sekolah di HQ SpaceX. Tapi hasilnya tiada. Tidak ada sebarang usaha untuk menaikkan ekonomi rakyat marhaen.


Sebaliknya Rafizi yang menjadi bahan kutukan dan ejekan walaun telah sediakan pelbagai inisiatif yang  bertujuan untuk membantu rakyat miskin keluar daripada belenggu kemiskinan. Rafizi sedang giat laksanakan formulanya.


Nak bandingkan Azmin dengan Rafizi dah macam bandingkan kaca dengan permata. 33 bulan Azmin dalam kerajaan, langsung satu kerja pun tak dibuat. Tak ada faedah sedikit pun buat rakyat. Tapi kalau bercakap macam pandai sangat.


Hanya mereka dengan kegagalan fungsi otak yang serius sahaja akan percaya kepada Azmin dan pilih PN untuk mentadbir. Mereka yang berfikiran waras pasti serik dengan kemandulan idea pemimpin PN. Guane boh?


 

Raja Gelap