RAMAI AHLI UMNO TIDAK SEDAR LAGI

 


Cerita ni kita dah tahu sebelum ini lagi. Mulanya aku pun setuju UMNO diharamkan tapi bila DS Anwar sebut tentang kaitan UMNO dengan sejarah, aku rasa ada baiknya UMNO kekal.


Zahid Hamidi juga ada sebut yang Mahathir pernah suruh dia bubarkan UMNO dan masuk Bersatu tapi dia enggan. Zahid pernah cerita secara terbuka dan tak pernah dinafikan oleh Mahathir.


Bersatu takkan mampu mengambil tempat UMNO. Malah hingga kini Bersatu begitu lemah. Tanpa akar umbi yang kukuh. Mahiaddin kira dengan haramkan UMNO maka ahli UMNO akan terpaksa ikut Bersatu kerana itu saja pilihan yang ada.


Sebab tu ahli UMNO yang menyokong Bersatu itu adalah pengkhianat. Tergamak mereka menyokong pihak yang mahu haramkan parti mereka. Apakah itu yang mereka katakan perjuangan?


Penyokong UMNO yang masih sayangkan parti itu, pasti sekali tidak akan bersekongkol dengan pihak yang mahu lenyapkan kewujudan parti itu. Jangan menyesal di kemudian hari. Guane boh?


 

Raja Gelap