KISAH BENAR . SAYU DERITA ANWAR DAN KELUARGA. PENYOKONG TURUT TERIMA BAHANANYA.

 





NORMAN RADZUAN


Untold Story Kisah Living Legend di Malaysia

SAYU DERITA PERJALANAN ANWAR DAN KELUARGA

Ketika di dalam panggung ada seorang wanita bertudung dan berjubah hitam bertanya kpd saya dan Jason Yew ( Tik Tokers) ..”Masa 1998 umur berapa.”Jason beritahu dia masih muda dan saya hanya tersenyum sahaja tidak menjawab.

Kata wanita itu lagi, jika mereka yang berjuang 1998 pasti akan menitis air mata menonton filem ini kerana memahami derita keluarga insan bernama Anwar Ibrahim.

Ya di dalam hati saya bersetuju dengan kata2 wanita itu kerana saya berada di situ. Saban malam ke rumah DS Anwar di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Mereka yang berjuang di era 1998 dulu mengerti apa erti derita menentang Mahathir ketika itu. Sebab itu bila Anwar mengangkat sumpah di hadapan Agong, saya tidak hairan ada yg menangis dan sayu bila melihat seorang insan yg mereka perjuangkan sekian lama akhirnya dgn izin Allah menjadi PM.

Filem ini bukan filem  untuk memenangi anugerah, bukan juga filem seni dan tentu juga bukan filem mitos tetapi ia adalah sebuah filem adaptasi dari kisah benar.

Lupakan beberapa dialog Indonesia dan pelakonnya kerana kita mesti memahami ketika proses pembikinan filem ini, Anwar adalah ketua parti pembangkang. Jadi sangat sukar untuk filem ini mendapat kerjasama dari pelbagai pihak di negara sendiri.

Farid Kamil bukan pilihan pertama dan kedua kerana ramai pelakon bimbang implikasi untuk menerima tawaran memegang watak Anwar. Namun saya sangat memuji lakonan Acha Septriasa yang berjaya menjiwai watak Wan Azizah dengan sangat berkesan.

Kata Anwar, “Saya sukar mengulas kerana ada episod yang telah kita lupakan kerana sakit dan menyedihkan. Banyak beban tertanggung adalah Azizah, anak-anak dan rakan," katanya.

Anwar tahu derita yang ditanggung bukan dirinya seorang yang teruk dipukul sehingga pengsan tanpa mendapat rawatan tetapi bagaimana derita Wan Azizah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan seterusnya ketua parti kepada jutaan ahli.

Begitu juga Anwar tidak melupai derita kawan2 beliau. Derita reformis-reformis yang turut dipukul dan dipenjarakan oleh ‘rejim Mahathir’ ketika itu. Seperti kata Anwar derita yang patut dilupakan tetapi bila menonton kembali filem ini, derita atau perjuangan lama itu kembali menghantui pemikiran.

Ada beberapa scene yang sangt- sangat  menyentuh hati saya. Pertama ketika Anwar terbaring di dalam lokap dengan lumuran darah di baju. Kedua ketika scene Wan Azizah mendengar khabar Anwar mati di dalam penjara. Ketiga ketika Wan Azizah seharian berdiri di pintu pagar Bukit Aman menanti berita suaminya di dalam lokap ISA.

Scene terakhir ramai yang sayu tetapi saya rasa satu perasaan semangat luar biasa. Anwar hanya mempunyai masa 10 saat untuk menunjukkan kepada dunia dia dizalimi oleh Mahathir di dalam penjara dengan mengalihkan wajahnya dengan harapan ada jurugambar dari jarak jauh dapat menangkap mata lebamnya.

Benar satu keping gambar mata lebam Anwar yang berjaya dirakamkan oleh jurugambar luar negara telah membuatkan jutaan masyarakat simpati hingga mencentus kebangkitan rakyat yang marah dan simpati.

Rakyat mula turun ke jalan raya dan saya sebahagian mereka yang kini dikenali sebagai reformis turun ke jalan raya saban minggu tanpa jemu.

Filem ini wajib ditonton oleh semua warga Malaysia sebagai bahan ilmiah kepada jenerasi anak-anak muda. Bagaimana begitu sukarnya untuk melakukan reformasi dari sebuah negara yang korup yang hartanya berpuluh billion dirompak oleh pemimpin-pemimpin tanpa rasa malu apatah lagi berdosa.

Orang-orang Melayu wajib menonton untuk mengetahui kisah disebalik kebencian mereka kepada  Anwar Ibrahim yang difitnah sehingga kini. Jika tiada rasa kekesalan fitnah dilakukan sekurang kurang ada rasa simpati kepada  beliau dan keluarganya.

Perjuangan beliau bukan mudah tetapi penuh berliku dan memakan masa perjalanan yang panjang. Bukan utk mengaut harta rakyat tetapi utk melawan korupsi (rasuah) yang boleh menghancurkan negara dan bangsa Melayu sendiri.

Seperti saya kata ia bukan filem utk memenangi anugerah tetapi sebuah filem yang penuh dengan mesej dan sejarah.

Setiap isi keluarga wajib bawa anak-anak menonton filem ini terutama remaja agar mereka mengerti sebuah perjuangan realiti untuk memerangi rasuah… kita dah penat layan filem Bukit Kepong. Musuh utama kita bukan lagi komunis tetapi perasuah.

 

No comments: