SUATU HARI
Suatu hari selepas pilihanraya, PM tertua di dunia dinobatkan di Malaysia. Hanya bertahan 22 bulan saja. Kena khianat orang dalam parti.
Suatu hari selepas pilihanraya, PM8 dilantik, jenuh melalui scheme of things. Berbahagi2 jawatan sesama mereka. Dengan 72 Menteri berserta 5 orang Duta Khas. Paling ramai dalam sejarah. Walhal memerintah masa orang tak boleh kerja. Dibuatnya lockdown terpanjang dalam dunia.
Suatu hari selepas pilihanraya, Kabinet terbesar dalam sejarah negara, tapi most of the time, bekerja makan gaji buta. Tak ke pejabat, langgar PKP pula.
Masa PKP, Reno rumah PM beratus juta. Beli Merc Maybach kalis peluru pulak. Tang situ ada pula duitnya? Walhal rakyat angkat bendera putih, mereka suruh berdoa saja.
Mereka nak buat darurat kali ketiga, nak sambung entah sampai bila. Apa lagi, kena lah marah dek Raja. Kata Kerajaan Melayu Islam tapi derhaka.
Suatu hari selepas pilihanraya, punya berlagak Kluster Mahkamah yang ada. Semua Kerajaan mereka pegang telurnya (metafor saja 😊). Sampai 3 PM ditumbangkan mereka. Termasuk PM parti sendiri habis dicantas jua.
Suatu hari selepas pilihanraya, geng Hoi Ya Hoi kalah dengan jayanya. Tinggal 30 seat saja. Tapi mereka pulak jadi King Maker. Kena bergabung dengan seteru utama.
Suatu hari selepas pilihanraya, PM yang ada pergi lantik Kluster Mahkamah jadi TPMnya. Orangpun garu kepala. Betullah tu ada gang-up sebelum pilihanraya. Orang boleh pasrah tapi jangan sampai terlepas kesnya. Ada campur tangan Mahkamah pula. Rakyat mesti bangkit amarahnya.
Suatu hari selepas pilihanraya, ada geng hilang kuasa. Tiap bulan meratib nak tumbangkan Kerajaan yang ada. Sebab kes mahkamah baru bermula. Rupanya mereka Hoi Ya Hoi juga.
Suatu hari selepas pilihanraya, nak masuk 6 bulan juga. Reformasi slow saja. Yang dinanti tak kunjung tiba. Mungkin sebab PRN banyak main isu populis saja. Kita tengokkan setahun ni macam mana.
Itu warna warni politik Malaysia. Pengundi bukan mudah lupa. Cerita orang politik ni kami dah biasa. Sekarang just to pick the lesser evil.
Doakan baik2 saja untuk negara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki