JANGAN TERPEDAYA DENGAN SLOGAN PENYATUAN MELAYU. JOM BACA APA MELAYU MELAYU NI DAH BUAT

 Masa Mahathir jadi PM kali kedua atas ihsan PH dulu pun pernah ada acara hampir serupa dengan Proklamasi Melayu. Itulah antara perkara yang timbulkan keraguan terhadap kejujuran Mahathir.


Dan seperti apa yang terjadi, pentadbiran PH telah tumbang angkara Mahathir sendiri. Kemudiannya Mahiaddin melalui Scheme of Things menjadi PM 17 bulan, tapi PN kekal dalam kerajaan untuk 16 bulan lagi.


Selama 33 bulan itu, apa pemerkasaan Melayu yang kita dapat lihat? Selama 33 bulan itu, mereka yang berbangga tandatangan Proklamasi Melayu berada dalam kerajaan. Tapi apa yang mereka buat?


Bukan setakat mereka tak bantu Melayu, bahkan waktu itulah orang Melayu paling tertekan. Dengan harga barang meningkat, dengan nak meniaga pun tak boleh. Serba serbi tak kena dibuat mereka.


Masa tu, cuma kontraktor Melayu yang baik dengan pemimpin kerajaan saja dibantu. Itu pun dengan syarat bayar masukkan komisen ke dalam akaun parti. Dan jangan lupa, ada tauke syarikat perabot dari Pagoh, seorang Cina, juga dapat untung.


Hari ini, mereka dah hilang kuasa. Bukan setakat itu, mereka juga berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan rasuah dan menyeleweng. Tiba-tiba mereka teringat semula kepada Melayu.


Mahathir pun sama. Masa berkuasa, tak sedikit hinaan yang diberikan kepada Melayu. Pemalas la, haprak la. Yang kaya kroninya yang kebanyakannya bukan Melayu. Melayu yang kaya cuma anaknya je.


Tiba-tiba, bila DS Anwar berkuasa, dia jadi pembela Melayu pula. Baru dia teringat ramai Melayu susah padahal dia jugalah yang susahkan Melayu dulu. Kenapa? Sebab dia cuma nak jatuhkan DS Anwar.


Untuk apa nak jatuhkan DS Anwar? Sebab dia mula bimbang segala kebobrokan yang dia lakukan dulu akan dibongkar. Anak-anak dan kroninya boleh jadi papa kalau semua rahsia itu didedahkan.


Apa lagi cara nak jatuhkan DS Anwar? Rakyat pun dah makin selesa dan meyakini DS Anwar. Mahu tak mahu, terpaksalah mainkan sentimen melayu. Itu cara paling mudah nak menipu Melayu.


Orang Melayu yang cerdik dan mampu berfikir pasti nampak semua cerita bela Melayu ini hanyalah mainan politik oleh ahli politik terdesak. Mereka dah ketandusan isu dan sedar makin dikesampingkan.


Kalaulah Mahathir betul berhati Melayu, hari ini tak ada keperluan lagi untuk mainkan sentimen rasis sebegini. Tapi isu ini masih laku hari ini kerana 22 tahun di puncak kuasa, Mahathir abaikan Melayu.


Usah lagi terpedaya dengan politik jijik sebegini. Usah rela bangsa Melayu jadi tunggangan mereka yang gila kuasa. Singkirkan mereka supaya bangsa kita tidak lagi jadi mainan mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.