BILA PILIH CALON TAK BUAT KERJA.



Terima kasih kepada penulis artikel ini (aku tak jumpa namanya) yang membangkitkan soal Adun Puteri Wangsa, Amira Aisya dari parti Muda. Baca artikel penuh di https://bit.ly/3XR58Y9. 


Cuma ada sedikit kesilapan dalam artikel ini. Puteri Wangsa adalah DUN, bukan parlimen. jadi Amira ni ADUN dan bukannya ahli parlimen. Tapi apa yang dituliskan, banyak yang aku persetujui.


Sungguh aku terkilan dengan kualiti yang dipamer oleh Adun aku ini. Langsung tak ada pencapaian sepanjang menjadi Adun di tempat aku. Tempat ni dah macam tak ada ADUN dah.


Bagi aku, ini dosa paling besar pimpinan PH kepada warga Puteri Wangsa. Kerana melepaskan kerusi ini kepada parti dan calon yang tidak kompeten. Patut Muda ni tak dilayan langsung dulu.


Puteri Wangsa ni kawasan campuran. Kawasan PH. Masa PAS bersama PR, PAS pernah menang di sini. Sepatutnya kerusi ini ditandingi oleh Keadilan pada PRN lalu. Tapi dirampas oleh Muda.


Kalau bukan sebab PH beri laluan, tak mungkin dia akan menang di sini. Bila dah menang, dia berlagak kata Muda semakin diterima. Kemudian lupa diri dan lupa tanggungjawab.


Aku harap untuk pilihanraya akan datang, pimpinan PH akan tolak terus Muda secara total. Biarlah dia masuk PN. Senang sikit Saddiq nak selfie dengan Mahiaddin nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

No comments: