JKA TAHUN INI TIDAK BERJAYA KITA TUNGGU LAGI - LAWAN TETAP LAWAN

ANWAR HARUS DIBERI SEMANGAT DAN SOKONGAN

Sejurus langkah Sheraton, Anwar dalam keadaan begitu sukar. Dia tetap harungi, tidak peduli apa orang kata. Pasca PRU15, dia berjaya mendahului PN dengan meletakkan PH berada di hadapan dengan 82 kerusi. Namun, tidak cukup untuk bentuk kerajaan. Sekali lagi beliau berhadapan dengan kesukaran.

Beliau berada dalam dilema. Rakyat mahu PH jadi kerajaan, buktinya PH adalah gabungan paling tinggi dapat sokongan berbanding PN. Masalahnya, jumlah tidak mencukupi. Bagaimana mahu jadi kerajaan jika jumah tidak cukup? Ertinya perlu ada kaedah atau jalannya. Jika tiada jalan lagi, kita harus terima hakikat bahawa kita belum 'bertemu jodoh'.

Di dalam menghadapi saat sukar ini, tolonglah jangan biarkan dia bersendiran lagi. Parti kita mempunyai ramai pendekar yang hebat2, tua dan muda. Jangan waktu ini kita sembunyi dan keluar bila ada peluang. Kita patut sama2 bertangungjawab apa yang sedang berlaku.

WFAUZDIN NS

 

May be an image of 1 person and standing