APA YANG AKU FAHAM- UMNO AKAN DIKATAKAN KHIANAT MELAYU-UMNO AKAN DIKAFIRKAN-KAH..KAH...DAN APA YANG ADA DI PENANG SANA. MELAYU IDUP ELOK SAJA- KULIAH DI MASJID SEMALAM TAK KURANG 50 BUAH KULIAH DI MERATA MASJID. PAS PUN MENANG DI PENANG SANA...TAK HILANG PUN MELAYU

 

Tiada peranan untuk BN dalam kerajaan PN, jumpa pun tak mahu, dedah Saarani.




PETALING JAYA: Barisan Nasional Perak menyahut kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas mendapati BN tidak ada sebarang peranan dalam kerajaan Perikatan Nasional, dedah Pengerusinya, Saarani Mohamad.

Saarani berkata BN Perak mengambil inisiatif selepas mendapati kedua-dua gabungan itu tidak boleh duduk semeja dan membentuk kerajaan, meskipun memperoleh jumlah kerusi lebih banyak berbanding BN.

Katanya, PH menemui beliau dan menawarkan peranan kepada BN dalam kerajaan baharu.

“Pertama, BN akan diberi jawatan menteri besar. Esok, ada tiga Exco daripada BN akan angkat sumpah, dan ditambah seorang lagi ialah speaker Dewan Undangan Negeri. Maknanya, kami diberi peranan dalam kerajaan perpaduan ini.

“Berbanding dengan PN, mereka tidak mahu datang berjumpa saya untuk berunding atau memberi apa-apa peranan,” katanya istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perak ke-15 di Istana Iskandariah petang tadi.

Katanya, bukan kehendak BN yang mahukan jawatan menteri besar, tetapi PH menawarkannya sebagai syarat untuk membentuk kerajaan campuran.

Hakikatnya, beliau berkata, BN Perak sudah bersedia menjadi pembangkang kerana hanya memenangi sembilan kerusi DUN.

“Kalau tak terima, tentu ahli (BN) akan kata saya bodoh betul tak? Tapi peranan (menteri besar) yang ia bagi itu sesuai pada saya sebab saya (sebelum ini) adalah orang yang mengendalikan agenda Perak Sejahtera 2030, jadi saya nak teruskannya dan sebab itu saya terima.”

Katanya, Umno Perak akan mengadakan mesyuarat khas malam ini bagi menjelaskan situasi dan keadaan sebenar.

“Insya Allah kita akan buat keputusan susulan untuk kita turun padang bagi memaklum dan menerangkan kepada semua ahli rasionalnya kita ambil tindakan sebegini (tubuh kerajaanperpaduan bersama PH).”

No comments: