Hari ini agak gempita
dengan posting yang dibuat oleh Cikgu Fadli Salleh. Dia kongsikan surat tunjuk
sebab (ataupun lebih tepat - ugutan) daripada KPM atas kelantangannya
menyuarakan perkara yang tidak betul dalam sistem pendidikan negara ini.
Klik pautan ini untuk
baca: https://bit.ly/3VoCmOJ
Aku bukan follower
dia sebab aku bukan guru. Tapi ada juga aku baca posting darinya yang dikongsi
oleh mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Boleh kata semua isu yang dibawa olehnya adalah legit dan memang dah lama pun
bermain di benak.
Inilah masalah sistem
negara kita. Enggan terima kritikan. Sesiapa yang mengkritik, biarpun isu yang
dibawa itu benar, biarpun isu yang dibangkitkan itu bermanfaat, tetap dianggap
sebagai melawan. Ego dan sikap bongkak menguasai diri.
Cuma aku terfikir
kenapa ugutan itu diberikan waktu ini, waktu negara diambang PRU? Mungkinkah
ini bagi mengelak ia dikaitkan dengan menteri yang kemudian akan merugikan
partinya iaitu PPBM?
Kononnya parlimen dah
bubar jadi tindakan ini tiada kena mengena dengan menteri. Sedangkan menteri
masih lagi berjawatan menteri (dipanggil menteri sementara) sehingga kerajaan
baharu terbentuk. Jadi Radzi Jidin belum boleh nak lepas tangan lagi.
Satu lagi,
kemungkinan pihak kementerian bimbang jika PH menang, menteri dari PH akan
cenderung untuk mendengar hujah dari para guru (seperti Dr. Maszlee dahulu) dan
itu dilihat bakal mengancam kedudukan pegawai-pegawai di kementerian.
Isu yang dibawakan
oleh Cikgu Fadli sebenarnya amat penting untuk anak kita. Jadi aku pohon agar
para ibu bapa dapat berdiri di belakang Cikgu Fadli ini. Perjuangannya ikhlas
demi masa depan anak anak kita jadi tak adil kalau dia dibiarkan sendirian.
Dalam masa yang sama,
kita boleh nilaikan corak pentadbiran yang dinamakan oleh kerajaan yang
dikuasai BN dan menteri daripada PN ini. Mereka jelas mengamalkan sikap
diktator yang tak boleh ditegur walaupun teguran itu 100% benar.
Cikgu Fadli tak
berpolitik. Perjuangannya adalah atas kesedaran. Cuma aku nak kita sebagai
rakyat yang bakal memilih parti yang akan menguruskan negara ini tidak lama
lagi melihat ini dari kaca mata politik. Kerana bagi aku isu ini berkait rapat
dengan politik juga.
Bandingkan cara kerja
Radzi Jidin, menteri PPBM serta kerajaan yang diketuai UMNO ini dengan Dr.
Maszlee dari PH dahulu. Dr. Mazlee jelas berjiwa rakyata. Aku diberitahu,
pernah Dr. Maszlee, ketika masih lagi menjadi menteri, menjemput Cikgu Fadli
untuk satu sesi dialog bersama kementerian.
Cara menteri dan
kementerian menguruskan isu yang dibawa oleh Cikgu Fadli ini bakal merugikan
rakyat. Isu yang penting ini tidak mahu diselesaikan malah yang bawa isu pula
hendak dihukum. Bagai mana kita boleh maju jika perkara ini berterusan?
Kementerian
Pendidikan perlu dirombak dan lebih utama, kita perlukan sebuah kerajaan yang
berjiwa rakyat, bersikap lebih telus serta lebih terbuka terhadap kritikan.
Kita boleh bersama
membantu Cikgu Fadli berjuang menyelamatkan masa depan anak-anak kita dengan
melempar jauh BN dan PN dari Putrajaya. Jangan beri ruang kepada mereka untuk
membuli para guru serta semua pejuang kebenaran. Guane boh?
FACEBOOK.COM
www.facebook.com