GURU RISIKO DIPECAT KERANA JUJUR!-

 








Surat ditanda tangan Datuk Yusran Shah, Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.



GURU RISIKO DIPECAT KERANA JUJUR!

Catatan: Cikgu Fadli

Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya. Oh Malaysiaku...Malam ni saya kongsi terus surat dari KPM yang nak buang kerja atau turun pangkat saya. Kerana apa saya nak kena buang kerja?

Adakah saya seorang guru bermasalah di sekolah? Tidak, markah prestasi saya saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%. Adakah saya selalu MC dan ponteng kerja? Juga tidak. Rekod kehadiran saya ke sekolah setiap tahun sangat cantik.

Adakah saya tumbuk Guru Besar, bergaduh dengan rakan sekerja? Juga tidak, saya sangat disenangi rakan sekerja dan pentadbir. Adakah saya cabul atau rogol murid? Jauh sekali. Anak-anak didik saya, saya layan ibarat anak-anak sendiri. Saban tahun masa Hari Guru dapat hadiah terbanyak dan Anugerah Guru Popular. Setiap tahun dapat anugerah guru popular dan hadiah paling banyak sejak tahun pertama saya dipostingkan hingga ke hari ini.

Adakah saya bermasalah dengan ibubapa? Pun tidak. Ibubapa dengan saya sangat rapat. Tak pernah bergaduh. Bahkan bila saya ditukarkan dari SK Taman Melawati 2 pada 2016 ibubapa buat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke PPD nak kekalkan saya di sana.

Tak berjaya juga, mereka panjat JPN jumpa Timbalan Pengarah JPN mohon jasa baik kekalkan saya di SKTM2. Kerana mereka tahu saya ditukarkan bukan kerana saya bermasalah, tetapi kerana saya bercakap jujur dan benar mengenai isu PPD masa tu.

Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran. Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengan luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji puja sahaja.

Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang :

1. Beg berat bahaya pada anak-anak kita

2. Silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri. 3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas. 4. Subjek yang banyak murid belajar. 5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi. 6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.

Itu yang saya tulis.

Kata mereka, 'Cikgu perlu guna saluran yang betul. Bukan kat Fb'.

Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN.Sehingga mereka tak mampu berhujah dan menjawab persoalan saya, mereka bawa pegawai BPK dari Putrajaya. Pegawai yang bertanggungjawab membuat silibus baru itu hadir dalam bengkel semata-mata nak menjawab semua persoalan saya.

Dan sampai ke sudah saluran paling betul itu langsung tak memberi kesan apa-apa, bahkan makin menyusahkan.

Beginilah sistem kita. Sistem yang hanya nak mendengar puja puji walaupun ianya penipuan.

Yang pandai membodek, pandai menipu, naik pangkat cepat. Yang menukarkan saya dulu naik pangkat menjadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran di JPN sana.Sedangkan saya yang bercakap jujur dan mengatakan kebenaran hendak dibuang kerja. Lihat dan baca sendiri semua pertuduhan ke atas saya. Sesiapa tolong bagitahu saya, manakah antara tuduhan itu saya menipu?

Lihat detail di:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5738979052790309&id=100000348124684&sfnsn=mo

 

No comments: