Minggu pertama selepas pengumuman pembubaran Parlimen dibuat.
Saya tumpukan 80% masa dan tenaga saya menyiapkan perancangan
masuk pilihanraya termasuk keputusan-keputusan penting:
1) proses saringan calon dan penentuan calon
2) penjenamaan dan bahan kempen
3) menyusun jadual penuh kempen di seluruh negara
Alhamdulillah semuanya berjalan baik.
Buat pertama kali, tapisan calon berlaku melalui proses yang
melibatkan semua Naib-Naib Presiden, Ketua AMK dan Ketua Wanita. Saya berharap
ini menjadi titik mula memastikan semua individu ada hak untuk mencalonkan diri
mereka tanpa perlu bimbang kena baik dengan pimpinan tertentu.
Proses berjalan baik dan Insya Allah KEADILAN akan mengumumkan
semua calon dalam satu ceramah besar beberapa hari selepas SPR bermesyuarat
pada 20 Oktober ini.
Saya tetap turun berkempen di kerusi-kerusi walaupun jadual 20
jam sehari menyiapkan persiapan di belakang tabir.
Malam ini saya di Sekijang/Segamat - salah satu kerusi swing
yang paling susah dibaca di seluruh Malaysia.
Dalam kepenatan rutin sebegini, hati terhibur dengan beberapa
perkara biasa yang saya lalui setiap hari.
Selepas ceramah di Batu, ada seorang yang hadir datang bagi Teh
Jahat Phadu Piaw
Menang jahat betul la teh tarik ni.
Ada pula seorang yang nak bagi nasihat penting. Saya pun dengar.
Sejak minggu lalu, pejabat saya ada seekor burung merpati yang
sesat dan sudah jadi penghuni di rooftop kami.
Ada yang datang ceramah bisik kepada saya: hati-hati, itu
mungkin sihir
Ada yang lagi nakal: hati-hati, itu mungkin merpati dari Kajang
Macam-macam gelagat.
Saya doakan semua rakyat Malaysia terbuka hati buat yang terbaik
untuk rakyat dan negara.
Masih belum cukup laju pecutan setakat ini.
Kita pecut lagi laju bermula minggu ini.