KPM NI DI ZAMAN MANA ENTAH LA....KUNO SANGAT

 

‘Cikgu Fadli lantang zaman saya’, tiada tatatertib guru bersuara, kata Maszlee

Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik, berkata beliau tidak pernah mengambil tindakan kepada para guru yang lantang mengkritik dasar kementerian, malah sedia mendengar pandangan mereka. (Gambar Tiktok)

PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik berkata kementerian diterajuinya dahulu tidak pernah mengambil tindakan tatatertib membawa kepada ‘buang kerja atau turun pangkat’ terhadap kelantangan guru mengkritik dasar sebagaimana berlaku kepada guru matematik, Mohd Fadli Salleh.

Katanya, ‘Cikgu Fadli’ juga sebenarnya sudah lantang ketika eranya menjadi menteri pendidikan, selain ramai lagi guru yang bersuara demi kepentingan bidang pendidikan negara.

“Cuma saya ingin satu perkara kepada guru-guru di luar sana, di zaman kita bersama ketika saya di KPM kita tidak pernah mengambil tindakan demikian rupa kepada para guru yang bersuara, malah Cikgu Fadli pun lantang bersuara di zaman saya.

“Kita terlibat dengan mereka, jadi kawan, undang ke pejabat bukan beliau sahaja, malah ramai lagi yang lain kerana itu yang kita perlukan,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Katanya, sekiranya ada guru mengeluarkan pandangan, ia perlu didengar pembuat dasar dan kerajaan.

“Bila guru-guru mengeluarkan isi hati mereka dan juga isi hati para ibu bapa, kita sebagai pembuat dasar dan kerajaan perlu mendengarnya,” katanya.

Maszlee menjadi menteri pendidikan selama 20 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Beliau meletakkan jawatan pada 3 Januari 2020 dan mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Hari ini, FMT melaporkan Cikgu Fadli berdepan tindakan tatatertib termasuk risiko dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana kerap kali menegur silibus aras tinggi bagi subjek matematik sekolah rendah yang membebankan murid.

“Kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran. Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengar luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji-puja sahaja,” katanya.

Menurut Fadli, sebelum bertindak bersuara di media sosial, beliau terlebih dahulu menggunakan saluran disediakan KPM, namun tiada respon.

Tindakannya memuat naik gambar surat tatatertib di akaun Facebook miliknya menerima perhatian warganet sehingga mendapat reaksi Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya.

Semakan FMT mendapati Fadli sering membuat “penandaan” kepada Radzi dan KPM dalam banyak hantaran di Facebook miliknya, namun sekali pun tidak bersahut.

No comments: