WOIII MAT SAGON...UMNO KATA TAK MAU TAK MAU LA..UNDI MELAYU TAK PECAH CUMA TAK MAU UNDI PAS SAJA.....TAKUT TAK ADA JAWATAN KA APA ...LA NI YANG PERINTAH BUKAN MELAYU ISLE KE ?

 

Kami tetap mahu Umno dan Bersatu, elak undi Melayu berpecah, kata PAS






Idris Ahmad mengingatkan ahli PAS bahawa perjuangan menyatukan
 umat Islam demi masa depan generasi akan datang, bukannya untuk
 mengejar kuasa atau kedudukan.

ALOR SETAR: Ketika Umno dan PAS berbalas kenyataan mengenai masa depan Muafakat Nasional (MN), seorang pemimpin kanan PAS tampil menegaskan parti itu tetap mahu bersama Umno dan Bersatu demi agenda penyatuan ummah.

Walaupun sering diasak dengan tanggapan “main banyak kolam”, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pendirian untuk menyatukan semua parti Melayu Islam bagi mengelakkan undi Melayu berpecah, seperti yang berlaku pada PRU14.

Akibatnya, PAS pimpinan Abdul Hadi Awang terpaksa bergerak solo, selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018, menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional buat julung kali dalam sejarah negara.

“PAS selalu ditanya, PAS nak pilih mana, sama ada dengan Umno atau Bersatu? Tak…kami pilih dua-dua.

“Itu naratif kami, biar rakyat menilai, walaupun orang mencerca dan perli sekali pun, kita tetap menyatakan soal perpaduan ini penting,” kata Idris ketika berucap dalam himpunan jentera PAS Pusat sempena Muktamar PAS ke-68 malam tadi.

Beliau berkata, jika berlaku perpecahan undi Melayu, keadaan sama seperti PRU14 akan berulang.

Pada PRU14, PAS memenangi 18 kerusi Parlimen, iaitu Terengganu (6), Kedah (3) dan Kelantan (9).

Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengingatkan ahli PAS bahawa perjuangan menyatukan umat Islam demi masa depan generasi akan datang, bukannya untuk mengejar kuasa atau kedudukan.

“Kalau kita terus bercakap mengenai perebutan kuasa, jawatan dan kepentingan kita, apa akan jadi kepada generasi anak cucu kita?” soalnya.

Kelmarin, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno perlu bergerak solo pada PRU15 memandangkan PAS hanya menawarkan kerjasama politik “dangkal” dalam MN.

Katanya, kestabilan, keyakinan dan kerjasama kukuh dalam MN tidak dapat dijalin kerana PAS menjalin hubungan dengan parti yang secara jelas mahu menghancurkan Umno dari luar dan dalam.

Beliau merujuk keputusan PAS menyertai Perikatan Nasional yang diterajui Bersatu, parti serpihan Umno.

Hadi kemudian tampil membalas kenyataan Zahid dengan berkata, kenyataannya tidak mewakili keseluruhan suara Umno.

No comments: