Contempt of Court.

 


SHAMSUDIN NAWAWI


Contempt of Court.


Apa itu?

Apa yang kita tulis atau cakap atau buat akan jadi contempt of Court?


Disclaimer : saya tulis ini atas risiko FB kena restrict lagi. Tapi itu tiada hal lah. Saya tak peduli satu hoon pun!


Contempt atau hina mahkamah ini boleh jadi dalam banyak situasi. 

Kalau dalam mahkamah bersila panggung tak boleh. Duduk lah sempurna sikit. Jangan lah mengangkang melukah bagai. 


Menjerit² macam depan Sogo dlm mahkamah memang lah tak boleh.


Kalau kita tulis dan ulas apa macam?

Kalau kita tulis benda yang karut marut cerpen certot yang tak ada pun keterangan mengenai perkara itu, itu salah lah. Nak pulak kalau kita ulas kata kenapa hakim atau pendakwa atau pembela bodoh sangat tak mahu terima cadangan kita yang bagus sangat tu, itu contempt. 

Masa kes sedang berjalan kita pula bertindak lebih pada hakim kata orang itu salah, orang ini tak salah, itu subjudice. Memang contempt lah.


Tapi bila kes itu sudah selesai, sudah diputuskan, kita nak ulas tiada masalahnya.

Sebagai bahan kajian tiada halnya. 

Bila kita buat kajian, tentulah ada kesimpulan yang kita buat. 

Ayat² biasa yg kita guna ialah khilaf. Hakim terkhilaf dalam menerima fakta yang sepatutnya tidak diterima, itu kesimpulan dalam kajian kita. 

Kalau pelajar undang-undang boleh kata hakim khilaf dan beri hujahan dia yang solid, confirm kajian dia akan dapat A+. Maknanya dia ada otak yang analytical dan macam² yang boleh kita bagi dia A+. 


Peguam² pula, kalau kes itu dibawa ke Mahkamah Rayuan memang standard lah tulis dalam hujahnya "The learned trial judge erred in law in accepting the hearsay testimony of so and so..."


Tengok tu...dia kata hakim itu "the learned trial judge" tapi he erred...dia khilaf. Kita cakap dia khilaf silap tapi itu bukan contempt.


Kita kata dia khilaf tentang undang-undang bukan sebab dia emosi atau mental dia terganggu atau kita korek pula record dia, dia ada tulis dalam social media dia minat MU tapi tak minat langsung Liverpool.

Itu ulasan mangkok lah. Kalau bukan mangkok ayun pun, tapi mangkok lah...


Tapi kalau kita ulas pulak kononnya orang yang dijatuhkan hukuman itu berat sangat hukumannya, kita kena hati². Kalau hukuman itu memang diperuntukkan oleh undang² tapi kita kata hakim itu zalim tak bertimbang rasa, itu tak boleh lah. Dia memang ada kuasa kuatkuasakan hukuman macam itu.


Kalau kita nak kata undang² itu yang zalim, itu bukan salah hakim. Itu salah penggubal undang-undang yang luluskan undang² di Parlimen.


Nak kata ahli parlimen itu gila tak apa. Sebab bila kita tengok live pun macam² gila pun ada. Mereng pun ada, sewel pun ada, meraban pun ada. Tak kurang juga yang suka meroyan.


Nota : FB saya ini masih lagi dalam mood Group Activities Restricted


Keymark!


No comments: