Data pesalah rasuah Najib dikemaskini

 

Data pesalah rasuah Najib dikemaskini

 Share on twitter
  on whatsapp
 Shar
 
Share on telegram

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemaskini pangkalan data pesalah rasuah di dalam laman webnya melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Kosmo! mendapati, status Najib kini diletakkan sebagai ‘pesalah rasuah’ berbanding ‘sedang dirayu’ ketika keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Najib bersalah melibatkan kes SRC International Sdn. Bhd. dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Penukaran status itu baharu sahaja dilakukan kerana sebelum ini ia masih di peringkat rayuan ketika tinjauan sehari selepas Najib dikekalkan bersalah oleh panel hakim di Mahkamah Persekutuan.

SPRM melalui laman webnya telah memuat naik pangkalan data pesalah rasuah sebagai salah satu usahanya untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai pelaku rasuah yang telah menerima hukuman.


No comments: