Akar umbi ‘patah semangat’, PAS Johor minta pemimpin pusat beri motivasi

 

WAHAI WALAUN- WALAUNTIT .TANPA PAS TIDAK SEMESTINYA HIDUP BERPOLITIK PUNAH RANAH- APA KEJAYAAN PAS ? APA CONTOH NEGERI PAS YANG BOLEH DIBANGGAKAN.KEDAH...PAS TADBIR FESYEN  SHOW ADA...BINA BADAN WANITA ADA..NAK JADI CONTOH MACAMANA ? KELANTAN...SEMUA TAHU..AIR TAK SESLESAI...ZAMAN MANA NI...

TERENGGANU...APA KEJAYAAN TERENGGANU ? DUIT BANYAK TAPI TAK ADA APA KEJAYAAN YANG BOLEH DIBANGGAKAN. 


Perwakilan PAS Johor Karim Deraman turut memohon bantuan kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah hubungan mereka dengan Umno Johor. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Pewakilan PAS Johor Karim Deraman menzahirkan perasaan kecewanya dengan sikap ahli parti di negeri itu yang dilihat seperti patah semangat dan enggan terlibat dengan gerak kerja pilihan raya.

Karim turut menyeru agar pemimpin pusat turun padang agar dapat membakar kembali semangat akar umbi, memandangkan parti itu berhasrat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen di Johor pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

“Kami di Johor dan selatan, sudahlah ahli tak ramai, (yang ada pula) tak mahu terlibat dengan gerak kerja pilihan raya,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Muktamar PAS ke-68.

“Ahli kita ni, kepimpinan di Johor dah muak bagi nasihat, jadi kami minta pimpinan pusat turun selalu ke Johor, untuk beri motivasi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“InsyaAllah, pada PRU akan datang, (PAS) akan bertanding di beberapa (kerusi) Parlimen. Kita tekad nak dapatkan Parlimen sulung di Johor.”

Karim, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor turut memohon bantuan kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah hubungan mereka dengan Umno Johor.

“Kalau turun ke Johor, tolonglah selesaikan masalah kita dengan kerajaan Umno (negeri). Kita dah hantar surat untuk pertemuan tetapi tak dilayan,” katanya.

Sementara itu Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapan penggulungan menasihatkan semua ahli dan kepimpinan parti di negeri itu supaya menghentikan pertelingkahan sesama sendiri.

“Nasihat saya, PAS di mana-mana pun jangan berkelahi. Buat kerja elok-elok, pakat harmoni aman damai. Nak berkelahi, lepas pilihan raya,” katanya.

Mengenai keputusan PAS untuk hanya bertanding di 80 kerusi, berbanding perancangan awalnya sebanyak 155 kerusi, Sanusi berkata, parti itu menyemak semula jumlah kerusi yang ingin ditandingi dengan mengambil kira pertambahan pengundi susulan pelaksanaan Undi 18.

Katanya, kos untuk menarik pengundi telah meningkat memandangkan ia lebih banyak melibatkan penggunaan media baharu, sedangkan sumber yang dimilikinya terhad, hasil sumbangan ahli parti.

“Kita fikir, pada PRU akan datang, kita banyak guna media baharu, ceramah pun dah kurang, banyak orang tengok guna media baharu, jadi modal kena lebih sikitlah,” katanya ketika ditemui selepas melawat bilik media.

“Kita tak payah bertanding 155 (kerusi), hanya fokus 80 … sumber yang kita ada ini terhad. Kita tiada ‘billionaire’ (jutawan), duit kita daripada ahli.”

No comments: