Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 28/08/2022
( 1 -
26 )
1. Walaupun kecil
namun jasa beliau kepada saya tetap dikenang dan di hargai
2. Sebenarnya
"NAJIB ADALAH AKITEK KEMUSNAHAN
DIRI SENDIRI" - itu adalah kata - kata Haniff
Khatri , seorang Peguam Kanan sewaktu di temuramah oleh Raggi Jessy Rithaudeen,
blogger yang bersifat 'serious' dan 'fokus' terhadap apa yang di
lakukannya.
3. Ada 2 pesanan
Nabi Besar kita Muhammad SAW :
i. Di akhir zaman
akan terdapat pemimpin yang tidak beramanah, berbohong dan
tidak menunaikan janji
ii. Peperangan
yang paling besar ialah melawan nafsu
4. Sudah pasti Tun
Abdul Razak dan isteri ( Al-fatihah ) merasa malu dan hampa apabila anak
kandung mereka , Najib telah MENCONTENG ARANG DI MUKA
MEREKA
5. Tun Razak ,
Perdana Menteri ke 2 selepas Tengku Abdul Rahman terkenal dengan usaha
beliau membangunkan negara ini dan dalam masa sama amat tegas
MENENTANG segala salahguna kuasa dan amalan rasuah apatah lagi merompak ,
menyamun dan mencuri harta negara iaitu wang rakyat
6. Najib
MENGHANCURKAN segala yang di perjuangkan oleh arwah ayah nya
7. Begitu
seriusnya beliau sehingga cadangan anak - anak membina sebuah kolam
renang di Seri Taman , rumah kediaman rasmi ditolak atas alasan
beliau tidak mahu menyalah guna wang rakyat walaupun mungkin ketika itu kos
pembinaan kolam renang tersebut berharga RM50,000 sahaja
8. Ini jauh
berbeza dengan Najib , anak kandung Tun Razak yang juga Perdana
Menteri ke 6 apabila polis menemui ratusan ribu wang tunai , barang kemas yang
di perbuat dari emas dan berlian dan ratusan jam tangan dan 'tiara' dan
beg tangan berjenama semasa mereka mengeledah rumah Najib di Taman Duta dan di
apartment mewah Pavilion Kuala Lumpur
9. Ini lah
beberapa tindakan Najib bagi tujuan :
MENUTUP BANGKAI
GAJAH DENGAN
NIRU
i. Memecat
SERTA MERTA Ghani Patail sebagai Peguam Negara atas alasan konon nya
beliau sakit , dan melantik Apandi Ali sebagai pengganti
Tugas pertama Apandi
ialah mengeluarkan satu perintah No Further Action ( NFA ) terhadap
Najib dalam kes 1MDB
ii. Tukar beberapa
pegawai polis yang terlibat dengan penyiasatan kes 1MDB
iii. Pindahkan
pegawai SPRM atau 'Cold Storage' ke Jabatan Perdana Menteri ( JPM )
iv. Melantik
sebagai Timbalan Menteri Pengurusi PAC dan menggantikan dengan kroni beliau
v. Meletakan
Lapuran Audit Negara dibawah Official Secret Act ( OSA
) atau Akta Rahsia Resmi dengan satu tujuan , mengelakan orang ramai dari
membacanya
vi.
Menghadkan soalan berkaitan 1MDB di Parlimen
vii. Menangkap dan
mempenjarakan Khairuddin Abu Hassan dan Peguamnya , Matthias Chang dibawah
undang - undang SOSMA ketika mereka sedang berangkat ke
USA bagi membuat lapuran tentang 1MDB di sana
baru - baru ini Mahkamah
memerintahkan Kerajaan membayar RM300,000 beserta Kos kepada Khairuddin
viii. Khalid Bakar
, Ketua Polis Negara ketika itu menangkap dan bertindak liar
dengan menggunakan telepon bimbit atau hand fon sesiapa saja
yang menyentuh isu 1MDB
x. Saya dan
beberapa orang rakan pernah di lokap di balai polis Jinjang kerana menentang
Najib dan UMNO/BN kerana menipu Pilihanraya
JIKA TIDAK
ADA APA - APA , MENGAPA TEMPUA BERSARANG RENDAH ?
xi. Megapa
berbagai salahlaku seperti merampas buku - buku kartun dan
mempenjarakan Zunar , pelukis kartun yang di ikhtiraf Antarabangsa jika
Najib tidak bersalah
xii. Mengapa takut
kepada lukisan Fahmi Reza ?
10. Kononnya
Najib akan ambil tindakan undang - undang terhadap Department of Justice
( DOJ ) Amerika Syarikat pada hari Selasa 2hb April 2019 , maka rakyat menunggu
seperti :
PONGGOK
RINDUKAN BULAN
setiap Selasa demi
Selasa rakyat menunggu tapi masih tidak berlaku ; tiba - tiba pada hari
Selasa 23hb Ogos 2022 bukan Najib menyaman DOJ tapi sebaliknya beliau di dapati
bersalah dalam kes SRC International dan di hantar ke penjara Kajang bagi
menjalankan hukuman selama 12 tahun dan denda RM210 juta
11. Berbagai usaha
dilakukan termasuk SUMPAH LAKNAT bagi membuktikan
beliau bersih dari segala pertuduhan namun ALLAH SWT lebih
mengetahui segala yang tersembunyi justeru beliau tetap didapati bersalah dan
dihukum penjara
12. Apa yang
dilakukan Najib ialah mendapatkan simpati rakyat dan pada masa sama
menyuntik kebencian kepada Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan Badan
Kehakiman
13. Itulah
sebenarnya BALASAN ALLAH SWT terhadap SUMPAH LAKNAT yang dilafazkan
nya - beliau bukan saja menipu rakyat tetapi yang lebih serius
telah menipu ALLAH SWT
14. Kira - kira
300 penyokong Najib dari Pekan berhimpun di luar Mahkamah memberi
sokongan moral kepada Wakil Rakyat mereka
15. Saya
masih teringat kisah 'CINA MATI' , lagi kuat laungan dan
tangisan , lagi besar 'upah' yang diberi
16. Selepas di
lacurkan , lazimnya pelacur tidak akan bertanya dari mana sumber
kewangan diperolehi , yang penting mereka dibayar
17. Kini ramai
juga yang mahukan pengampunan Di Raja segera diberi kepada Najib
termasuklah rombongan kira - kira 300 orang yang menyerahkan memorandum
di Istana Negara
18. Bagi pihak NGO
BERSIH pula difahamkan mereka telah dapat kumpul hampir 100 ribu
tandatangan secara atas talian atau online meminta Agong tidak memberi
pengampunan
19. Saya percaya
Agong akan melaksanakan pengampunan mengikut Perlembagaan dan reaksi rakyat dan
pandangan Negara Luar terhadap sistem kehakiman kita
20. Jika Agong
memberi pengampunan dalam kes SRC International ini , apakah Agong
akan memberi pengampunan kepada 4 kes lain yang sedang dibicarakan , dan adakah
Agong akan juga memberi keampunan kepada Rosmah , Zahid Hamidi , Azeez Rahim
dan mungkin ramai lagi jika di dapati bersalah termasuk mengampunkan Lim
Guan Eng DAP dan Syed Saddiq MUDA
21. Adalah lebih
baik jika setiap kali negara menyambut Merdeka dan Hari Kelahiran Rasmi , Agong
memberi keampunan kepada pesalah yang jauh lebih kecil seperti pencuri yang di
penjarakan kerana mencuri setin milo untuk diberi kepada anak yang lapar ,
pencuri wang surau sebanyak RM2.00 sahaja dan pencuri seluar dalam perempuan
yang dipenjara 2 tahun , geladangan dan ramai lagi yang boleh di ampunkan
tambah pula kos sara hidup kini naik melambung tinggi
22. Apa pun yang berlaku
bak kata Hakim Mahkamah Rayuan :
NAJIB IS
A NATIONAL EMBARRASSEMENT
memalukan negara bukan
sahaja di sini bahkan seluruh dunia
23. 'MALU APA BOSS
KU' akan di lupai dalam masa terdekat ini - PERCAYALAH
24. 'Cash Is Not
King After All'
25. INI LAH
LEGASI NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PERDANA
MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA DI PENJARAKAN
26.
ADIOS MY
MY FRIEND !!!
Wassalam
Terima Kasih