ISU 'MERPATI' DI PENJARA: APAKAH DAKWAAN PERUNTUKAN RM3.5 JUTA JUGA BENAR?


Merujuk Kenyataan Media Jabatan Penjara Malaysia bertarikh 21 September 2022 bertajuk "Kemudahan Rawatan Kesihatan kepada Banduan".


Pemuda AMANAH percaya bahawa kenyataan media tersebut adalah susulan dakwaan yang tular di media-media sosial sejak beberapa hari lepas berkenaan layanan istimewa diterima bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan di Penjara Kajang.


Kenyataan pihak Jabatan Penjara Malaysia tersebut juga seakan mengesahkan butir-butir peristiwa yang tular antara lain, dakwaan penglibatan Menteri Dalam Negeri yang menemuni 'Merpati' (merujuk kepada Najib) untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM50 ribu bagi kos ubahsuai bilik dan selanjutnya peruntukan sebanyak RM3.5 juta lagi bagi urusan 'Merpati' tersebut meliputi kenderaan, kesihatan dan penempatan.


Justeru, kami mendesak agar Menteri Dalam Negeri tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaan-dakwaan lain yang tular seperti dinyatakan di atas, dan apakah benar peruntukan sebanyak RM3.5 juta tersebut telah disediakan oleh pihak KDN untuk urusan Najib di penjara?


Sekian.


MUHAMAD FADZIL AHAMAD

Naib Ketua

Pemuda Amanah Nasional


21 September 2022



No comments: