UMNO TIDAK MEMERLUKAN PAS, TETAPI PAS YANG TIDAK LAGI KUAT AKANMENYONDOL UMNO DEMI KUASA WALAU TIDAK BOLEH BERBUAT APA APA PUN

 

DI SELANGOR SUKAR BAGI UMNO DAN PAS MENGUASAI ADUN YANG LEBAIH BANYAK MASYARAKAT MAJMUK TAMBAHAN PRETASI PAS DAN KRISIS RASUAH UNO MENGHILANGKAN KEYAKINAN.


DI TERENGGANU MAT SAID SENTIASA BERMUSUH DENGAN PAS DAN PAS PULA TIDAK MEMBERI SEBARANG BANTUAN YANG TIDAK SAMA RATA DI BEBERAPA KWASAN DUN. MAKA KERANA ITU SUKAR KERJASAMA DENGAN PAS WUJUD DI TERENGGANU.



MN akan wujud di mana Umno perlukan PAS, kata penganalisis





Ketua Umno Selangor Noh Omar menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Selangor bulan kepas. Menurutnya, kedua-dua parti itu akan bekerjasama di Selangor pada PRU15. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Umno dan PAS akan meneruskan hubungan mereka dalam pakatan Muafakat Nasional (MN), tetapi hanya di negeri tertentu, menurut seorang penganalisis politik.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Umno masih memerlukan sokongan PAS di negeri-negeri seperti Selangor, Kedah, dan Terengganu.

“Amat sukar bagi Umno bersendirian menggulingkan Pakatan Harapan (PH) di Selangor,” kata Azmi kepada FMT, menjawab komen Ketua Umno Selangor Noh Omar bahawa Umno dan PAS akan mengeratkan kerjasama di negeri itu untuk pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Azmi berkata, MN tidak boleh dianggap “mati” semata-mata kerana Umno enggan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

Katanya, keengganan untuk bekerjasama itu adalah kerana Umno sudah kuat dan menggerunkan di kedua-dua negeri itu, manakala PAS tiada apa-apa untuk ditawarkan. Ini juga menjelaskan mengapa PAS bertegas untuk bekerjasama dengan Umno di Johor dan Melaka.

PAS bertanding bawah panji Perikatan Nasional (PN) di Melaka dan Johor tetapi mengalami kekalahan besar, hanya memperoleh satu kerusi di Johor.

Bulan lepas, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, partinya akan terus mengekalkan hubungan baik dengan Umno, manakala timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, MN kekal utuh melainkan Umno mengisytiharkan perikatan itu bubar.

Pakatan yang dibentuk antara dua parti Melayu terbesar itu mendapat perhatian berikutan keputusan PAS menyokong gabungan PN yang diterajui Muhyiddin Yassin.

Seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, cara terbaik untuk menyelesaikan isu hubungan PAS-Umno dalam MN adalah dengan membiarkan mereka memilih mana-mana kerusi ingin ditandingi pada PRU15.

Selepas menang, mereka boleh berbincang semula peruntukan kerusi, katanya.

Beliau berkata, jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pusat tanpa PAS, parti itu boleh bertindak sebagai pihak semak dan imbang bagi kerajaan.

No comments: